Apr 02 2014
SUARA LANTANG: Sebuah pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal telah lesap. Teknologi abad ke21 langsung tidak dapat menyelesaikan misteri ini.
Teori konspirasi pula semakin bercambah seperti serpihan di seluruh pelusuk Internet.
Dan seluruh dunia sedang menanti nasib pesawat udara Malaysia Airlines (MAS) yang didaftarkan sebagai 9M- MRO yang terhempas dalam selatan Lautan India yang luas, bergolak dan jauh.
Penyiasat sedang bergelut dengan situasi menghairankan yang menyelubungi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang malang ini.
Sesuatu yang misteri telah berlaku di atas penerbangan itu, yang berlepas pada 8 Mac. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku, atau mungkin ada yang tahu tetapi tidak boleh berkata apa-apa.
Sebuah kejadian yang serupa berlaku 57 tahun lalu. Pada 8 November 1957, pesawat Pan Am 7 yang dalam penerbangan dari San Francisco ke Hawaii hilang di Lautan Pasifik.
Bangkai pesawat Boeing 337 itu ditemui seminggu kemudian oleh kapal pengangkut Tentera Laut Amerika Syarikat, yang menjumpai bangkai dan serpihan yang terapung-apung di atas permukaan lautan timur laut Honolulu.
Kemalangan yang mengorbankan semua 44 orang di atas kapal ini, tidak pernah ditentukan secara muktamad. Misteri ini ditambah pula fakta bahawa tiada sebarang isyarat kecemasan yang dihantar.
Kembali di Malaysia, keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MAS 653 yang terhempas 37 tahun lalu juga tidak mendapat pengakhiran.
MH653 yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah dirampas pada 4 Disember 1977.
Boeing 737-200 itu memintas ibu negara dan terhempas di paya bakau di Johor setelah ia turun ke arah Payar Lebar di Singapura, dan membunuh semua 100 orang di atas kapal.
Selama bertahun-tahun, ahli-ahli keluarga mangsa telah belajar menerima kehilangan yang dialami, tetapi kemalangan itu akan sentiasa menjadi sebuah titik hitam dalam kehidupan mereka. Sehingga hari ini, mereka masih tidak mengetahui kebenaran.
Sekurang-kurangnya, mereka masih boleh melawat memorial yang dibina berhampiran lokasi kemalangan di Tanjung Kupang, untuk merawat kelukaan mereka.
Pengakhiran kes MH370 telah menjadi sesuatu yang semakin mustahil, sewaktu usaha mencari yang masih dilakukan menempuhi lebih banyak kesukaran.
Seperti yang dikatakan setiausaha akhbar Pentagon: "Saya mendengar ia disifatkan sebelum ini...Kami bukan sedang cuba mencari jarum dalam timbunan rumput kering, kami sedang cuba mencari timbunan rumput kering. Saya beritahu anda sekarang bahawa kami sebenarnya sedang cuba mencari ladang lokasi rumput kering ini berada. "
Selepas lebih daripada tiga minggu pencarian udara dan laut yang melibatkan kapal terbang dan kapal-kapal laut tujuh negara, misteri Penerbangan 370 adalah tidak lebih jelas hari ini, berbanding sewaktu carian bermula pada 8 Mac.
Australia telah melantik bekas ketua pasukan pertahanan mereka untuk mengetuai carian, yang melibatkan tentera Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Malaysia.
Ketua Marshal bersara udara, Angus Houston akan menyelaras usaha berbilang negara ini.
Beliau juga akan memastikan bahawa keluarga menerima maklumat terbaru dan bantuan perjalanan, termasuk perkhidmatan visa, nasihat penginapan, perkhidmatan jurubahasa dan kaunseling.
Sewaktu kapal terbang dan laut meneroka kawasan yang terletak 1,850 kilometer ke barat Perth, usaha mencari perakam suara dan data penerbangan ini ibarat sebuah perlumbaan menentang masa, kerana bateri alat ini dijagka habis pada hari Isnin.
Walaupun pencari ini berjaya mencari dan mengeluarkan alat-alat dari selatan Lautan Hindi yang bergelora, ia mungkin tidak boleh menyelesaikan salah satu misteri penerbangan terbesar.
Perakam suara kokpit hanya menyimpan rakaman dua jam perbualan terakhir, bermakna ia tidak akan mendedahkan apa yang berlaku di atas Teluk Thailand.
Jelas sekali, sesuatu telah berlaku kepada MH370, yang tidak akan diketahui sesiapa. Dan ini bermakna yang pengakhiran adalah semakin jauh.
Perlu dinyatakan yang kemalangan pesawat tunggal paling dahsyat dalam sejarah, telah melibatkan sebuah pesawat Boeing yang telah mengalami kerosakan tujuh tahun sebelumnya, dan tidak diperbaiki dengan sempurna.
Japan Airlines Flight 123 sedang dalam perjalanan dari Tokyo ke Osaka pada tahun 1985, apabila sebuah kegagalan mekanikal yang serius menyebabkan Boeing 747SR itu menghentam Gunung Takamagahara.
Semua 15 anak kapal dan 505 daripada 509 penumpang terkorban.
Secara kebetulan, pesawat Boeing 777-200ER yang digunakan dalam penerbangan 370 ini pernah terlibat dalam sebuah kemalangan kecil pada tahun 2012, apabila hujung sayapnya melanggar ekor pesawat China Eastern Airlines A340-600 dan patah. Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Shanghai Pudong.
perlu juga dinyatakan bahawa bateri litium-ion adalah suspek utama dalam kemalangan sebuah Boeing 747 UPS di Dubai pada tahun 2010, yang membunuh kedua-dua juruterbangnya sewaktu mereka cuba melakukan pendaratan kecemasan.
Penyiasat kemalangan telah mengesan api yang memusnahkan pesawat kargo jumbo itu berpunca dari bateri litium-ion yang dibawa di dalam kargo.
Cukuplah bagi kita mengetahui bahawa kargo MH370 itu turut mengandungi bateri litium-ion yang mudah terbakar - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa