Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 4, 2014

MH370: Kenapa Hilang?

Adakah pesawat MH370 hilang atau dihilangkan?
MUHAMMAD FAIZALAPR 04, 2014

ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat berikutan kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu adakah disebabkan penglibatan kuasa-kuasa besar dunia yang sedang mencatur politik mereka.

Katanya, kerajaan tidak perlu menunggu penemuan kotak hitam untuk membuat sebarang pengumuman.

"Saya pasti kerajaan sudah tahu hal yang sebenar di sebalik kejadian tersebut dan siapa berada dalam insiden ini," jelasnya.

Kata beliau lagi, selepas peristiwa 911 satu pendedahan dilakukan dan mengesahkan penglibatan Amerika dalam kejadian tersebut.

"Kalau 911 Amerika terlibat dan adakah insiden MH370 ini juga akibat dari negara besar itu.

"Dalam pada itu, sehingga sekarang kita tidak tahu siapa sebenarnya pemilik bateri lithium dan syarikat mana yang menghantarnya ke Beijing.

"Apa tujuan ia dihantar ke sana sedangkan kita sendiri membeli barang dari sana?" soal beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoalkan tentang misteri MH370 itu sama ada hilang ataupun dihilangkan.

"Apa sebenarnya berlaku, malah saya melihat penglibatan 26 negara itu seolah-olah mereka telah ditutup mulut oleh pihak tertentu.

"Pengalihan kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi adalah untuk melengah-lengahkan masa.

"Sekarang masa untuk menutup segala-galanya hampir sampai, tempoh hayat bateri kotak hitam hampir tamat dan ia pasti akan menjadi alasan," katanya.

Mahfuz juga meminta agar kerajaan perlu tampil memberi penjelasan secara telus tanpa ada sebarang perkara yang diselindungkan kerana ia melibatkan maruah negara.

Beliau tidak mahu Malaysia menjadi mangsa sedangkan percaturan sebenar adalah kuasa besar dunia.


Nasi tambah aku: 
# Pagi ni aku bersembang dengan seorang bekas pegawai tinggi berkaitan keselamatan dan penerbangan tentang MH370
Jadi aku telah dapat sedikit pencerahan darinya tentang misteri kehilangan MH370

Namun maaflah kerana ianya agak sensitif serta berbentuk spekulasi juga dan tak bolehlah syer butir-butirnya - kerana ini juga spekulasi antara aku dan insan ini sahaja. Tak ada yang konkrit. Haa... sama jer dengan tok Moh tikar terbang!

Ini soalan aku....

1. Kenapa radar mengesan tetapi TUDM tidak bertindak
2. Kenapa Jet TUDM tidak memintas
3. Bagaimana MH370 boleh hilang
4. Kenapa statements bercanggah
5. Isi pesawat dan cargo (manggis?)
6. Kenapa pada awalnya gerakkan SAR di lokasi yang salah
7. Kenapa Rusia diam
8. Kenapa US yang dilihat bersungguh-sungguh
9. Tekaan di mana pesawat MH370
10 Kenapa Australia ingin menjadi 'wakil bertaulih' di dalam siasatan pula - @proxy siapa?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa