Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 5, 2014

MH370: siMinda Kecil Bertempik!

Tukang angguk perlu tahu menyayangi negara tidak bermakna menyanjungi kerajaannya 
08:30PM Apr 04 2014
Ia berlaku lagi. Kini minda kecil bertempik dengan mengatakan sesiapa yang mengkritik kerajaan di luar negara perlu ditarik balik kerakyatannya.
Kata-kata ini dihamburkan terlalu kerap sekarang ini. Pemimpin, pertubuhan NGO galak mensasarkan sesiapa sahaja yang mempersoal tindakan parti pemerintah.
Mereka menghalang apa sahaja rasa kekecewaan ditujukan kepada parti pemerintah dan menganggapnya menghina negara. Mereka sebenarnya tidak dapat bezakan di antara perasaan cintakan negara dan cintakan kerajaan yang memerintahnya.
Kali ini, naib presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali pula membuat saranan yang serupa.
Terpampang di laman sesawang Isma, Abdul Rahman berkata sesiapa yang menaikkan kemarahan warga China terhadap Malaysia wajar dianggap penderhaka.
“Kerakyatan mereka perlu ditarik balik. Mereka boleh pindah ke negara lain,” ujar Abdul Rahman.
Yang menarik, Abdul Rahman hanya membuat susulan terhadap tulisan ketua wanita MCA Heng Seai Kie yang turut dikongsi di laman Isma. Tiada bukti disertakan tentang tindakan menghina negara yang mereka perkatakan.
Pada awal minggu ini, Heng mendakwa PKR dan DAP menyebar khabar angin bagi menghasut ahli keluarga penumpang MH370 di kalangan warga China.
Beliau berkata, ‘penderhaka’ ini perlu dihukum bunuh “sembilan peringkat” di mana hukuman dikenakan kepada pesalah, keluarga mereka dan cucu cicit mereka.
Di Malaysia, tukang angguk tentunya bersetuju dengan kata-kata seperti itu. Bagi mereka, tiada langsung teguran yang dianggap membina. Tindakan mempersoal pihak berkuasa seakan satu dosa besar.
Mereka mahu sesiapa yang mempersoal tindakan kerajaan dihalau keluar. Bahkan pemimpin seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengusulkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menarik balik kerakyatan mereka yang membangkang kerajaan.
Dalam kes ini, bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan turut mendapat tempelak daripada mereka.
Terdapat dua akta di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi isu menarik balik kerakyatan.
Artikel 24 berkata kerajaan boleh menarik balik kerakyatan bagi mereka yang mendapat kerakyatan dari negara lain.
Artikel25 pula menerangkan kerajaan boleh menarik balik kerakyatan bagi sesiapa yang tidak taat, atau melancarkan perang terhadap negara.
Tiada pula dijelaskan keperluan rakyat Malaysia menyokong sahaja parti pemerintah.
Bagi orang-orang seperti Abdul Rahman, terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak berfikiran seperti anda. Rakyat Malaysia mempunyai suara. Mereka melihat kelemahan dan mahukan jawapan. Sila fahami hakikat ini. - sumber

6 comments:

  1. Memalukan bangsa ini dia golongan jahil murakab merosakan nama Islam di jaja untuk habuan dunia, Smoga kita di jauhkan dari golongan munafik.

    ReplyDelete
  2. Mengikut arus untuk selamat; menentang arus bermakna bangkrap.
    Usah hiraukan mereka2 ini.. nescaya bertukar kerajaan merekalah yang akan berada di barisan hadapan pula.

    ReplyDelete
  3. Hoi Mangkuk!! Kalau nak jadi penyapu bontot umno tak payahlah tunjukkan kepada ramai. Begitu juga kalau nak tayang kebangangan dan ketolan diri memadailah tunjuk pada ahli2 dan pemimpin2 Isma sendiri sudahlah. Malu kamu mendakwa pemimpin pertubuhan Ikatan Islam; tapi otak macam orang tak sekolah. Awak fikir Malaysia ni mak bapak kau saja yang punya ke???? Meluat betul ada orang melayu mempunyai otak cendol.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak ampu dengan tiga jari mana boleh dapat projek beb,jadi apa saja yang kerajaan buat walaupun bini sendiri sanggup beb berkorban demi nama ,benggong punya maknusia.

    ReplyDelete
  5. Spot on with this write-up, I really feel this amazing site needs far
    more attention. I'll probably be returning to see more, thanks for the info!


    Also visit my weblog :: Ae Free Template

    ReplyDelete
  6. Penyapu kontot ni tak sibuk pula dgn Firman Allah SWT : Jika kamu tidak mahu berhukum dgn hukum Allah, maka carilah dunia selain dunia milik Allah ni. Mana penting laksanakan hukum Allah dgn laksanakan hukum ciptaan manusia? Konon persatuan NGo Islam dan bertaraf "ustaz" tetapi gunakan Islam utk kepentingan diri dan memalukan Islam.

    Sebab itu org bukan Islam jadi jahil kerana perangai org Islam yg teruk macam ISMA, JATI,Zulkulim, hassan Jati dll.

    Perangai munafik semakin terserlah oleh NGO bersama umno..............

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa