Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 3, 2014

MH370: Pada Aku Tidak Ada Salahnya Ungkapan Itu Tetapi Hishamuddin Diserang

Hishammuddin diserang kerana setuju MH370 ‘blessing in disguise’
APRIL 03, 2014
Petikan daripada akaun Twitter Ismail Amshar yang menerima kecaman apabila berkata insiden MH370 adalah 'blessing in disguise'. Gambar Herald Sun

Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong kenyataan seorang wartawan tragedi MH370 adalah 'blessing in disguise' (kebaikan daripada kesedihan) diserang oleh pelbagai pihak.
Menurut Herald Sun News, sokongan Hishammuddin terhadap kenyataan itu boleh disifatkan sebagai penghinaan kepada keluarga penumpang MH370 yang malang itu. Turut melaporkan berita yang sama adalah akhbar Australia, The Daily Telegraph.
Seorang wartawan, Ismail Amsyar menghantar satu pesanan melalui Twitternya berkata "MH370 adalah 'blessing in disguise' kepada kita semua. Saya faham sekarang tentang cantiknya perpaduan, manisnya dapat bersama-sama."
Ia dijawab oleh Hishammuddin yang berkata: "Anda betul" yang menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelbagai pihak, lapor media itu.
Susulan daripada itu, pagi ini Ismail memohon maaf sepenuh hati kerana tweets itu.
Dia juga menerima ancaman bunuh di atas talian, lapor Herald Sun.
"Saya memohon maaf di atas tweet itu. Ia tidak bermaksud untuk tidak sensitif. Terima kasih di atas ingatan," kata Ismail melalui twitternya selepas mendapat peringatan daripada seorang lagi pengguna laman sosial itu yang bernama Deniela N.
Ismail juga memohon maaf kepada Hishammuddin kerana mengheret beliau dalam isu itu.
"Kepada @Hishammuddin H20, saya memohon maaf kerana mengeheret tuan kepada ini. Tidak bermaksud begitu. Kepada semua yang lain di luar sana, sekali lagi, saya mohon maaf kerana tweet itu," tulis Ismail.
Sehingga kini, Hishammuddin tidak membuat apa-apa penjelasan mengenai isu itu namun beliau memadamkan tweet itu daripada akaun Twitternya manakala Ismail juga memadamkan tweet asalnya.
Nama Hishammuddin memuncak sebelum ini berikutan kejayaannya mengendalikan sidang media harian mengenai kehilangan MH370.
Sebuah media dari Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) meramalkan Hishammuddin mungkin akan menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Menurut media itu, kepercayaan ke atas Hishammuddin melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media yang berpangkalan di Hong Kong itu.
Hishammuddin menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun beliau menerima sokongan ramai.
“Jika semua media luar negara terus menyerang beliau, rakyat Malaysia pasti akan berada di belakangnya sebagai tindak balas," kata Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, lapor SCMP.
"Secara domestik, ia sebenarnya melonjak kepercayaan kepadanya kerana orang ramai melihat beliau lebih berkelayakan semasa berdepan situasi sukar,” katanya.
Namun sebarang kesilapan akan menjatuhkan beliau semula.
Baru-baru ini, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyifatkan beliau takut berdepan dengan mereka apabila Hishammuddin berlepas ke Hawaii selepas satu taklimat dijanjikan kepada mereka oleh kerajaan.

Sehubungan itu, kerajaan BN berjanji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri akan memberikan taklimat itu. – 3 April, 2014. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa