Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 3, 2014

MH370: Persoalan Bagaimana Kerajaan Menangani Masalah Sebenar MAS

MH370: Lebih besar pesawat, lebih banyak kehilangan nyawa


SUARA LANTANG: Melainkan keajaiban berlaku, MAS bakal menjadi pesawat penerbangan dengan angka kemalangan jiwa terbesar di dekad ini.
Tragedi Air France yang mengorbankan 228 nyawa pada 2009 berada di kedudukan teratas selama 10 tahun, diikuti Penerbangan TAM Brazil (199 nyawa) pada 2007 dan Penerbangan Pulkovo Russina (170 nyawa) pada 2006.
Mungkin tiba masanya bagi pengeluarpesawat membina pesawat yang mementingkan keselamatan berbanding saiz. Secara logik, jika pesawat lebih kecil, kehilangan nyawa dapat dikurangkan.
Tragedi memang tidak dapat dielakkan kerana kegagalan enjin dan kerosakan mekanikal tidak dapat dikesan apabila burung besi ini berada di udara.
Di dalam filem James Bond “Diamonds are Forever”, agen perisikan itu berkata: “Jika Tuhan mahu manusia terbang, pasti kita dilahirkan dengan sayap.”
Dengan mengurangkan angka penumpang pesawat serta meningkatkan teknologi keselamatan, kita mungkin dapat mengurangkan angka korban.
Jadi, MAS yang mungkin berada di senarai teratas kemalangan udara terburuk sebenarnya tidak mencerminkan tahap keselamatannya berbanding syarikat penerbangan lain.
Pesawat Boeing 777-200ER yang malang itu membawa jumlah penumpang yang begitu besar.
Kemungkinan juga, jurutera penerbangan bakal berkata saiz memang amat penting dari segi rekabentuk serta keselamatan pesawat.
Kehilangan pesawat tersebut pada jam 1.07 pagi (8 Mac) dilihat sebagai misteri yang tidak pernah berlaku.
Bagaimana anda melihat perkara ini:
Ø MH370 hilang daripada radar penerbangan awam dan terus terbang selama lima jam tanpa panggilan kecemasan; dan
Ø MH370 berjaya terbang merentas ruang udara pelbagai negara selama lima jam tanpa disyakki stesen radar tentera dan komersil
Tidak pernah berlaku, tentunya. Ia menarik perhatian dunia bagi mengetahui apa sebenarnya yang terjadi serta langkah bagi menghalang kejadian yang serupa.
Jawapan bagi semua ini mungkin boleh didapati daripada kotak hitam yang kini sedang dicari penyiasat di Lautan Hindi.
Tragedi MH370 membangkitkan dua persoalan yang utama:
Ø Kewangan MAS serta pengurusan syarikat penerbangan itu yang menggambarkan pentadbiran kerajaan Malaysia; dan
Ø Keselamatan serta kebolehan kawalan trafik udara KLIA
Menurut Reuters, sebelum kehilangan MH370, MAS berada di dalam situasi yang sukar serta memerlukan suntikan dana daripada pelaburnya Khazanah Nasional Bhd yang juga pemegang saham terbesar.
Kewangan serta pelaburan jangka pendeknya pada hujung Disember hampir RM4 bilion – kurang daripada kos operasi pada dua suku tahun sebelumnya, dan ia petanda MAS memerlukan lebih banyak pinjaman.
MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara mengikut nilai saham, telah beroperasi dengan kewangan yang negatif di dalam tempoh tiga tahun ini dan memiliki pengaliran wang negatif selama enam tahun.
Buat masa ini, kos yang bakal ditanggung MAS akibat tragedi ini belum dapat dipastikan. Pesawat tersebut dilindungi insuran tetapi wang pampasan akan diberi kepada keluarga dan waris mangsa tragedi tersebut.
“Kemalangan ini bakal menjatuhkan MAS di dalam beberapa tahun akan datang, dan ia perlu distruktur semula,” ujar Bertrand Grabowski yang menerajui bahagian pengangkutan udara dan darat Bank DVB di Jerman.
“Ia perlu mengecilkan operasi, dari sudut kapasiti dan rangkaian perjalanan.”
MAS enggan mengulas berhubung keadaan kewangannya. Ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya memberitahu sidang media ini “merupakan saat geting syarikat penerbangan” itu.
Sebelum terjadinya kehilangan ini, MAS dilihat mampu mencatat perkembangan pada tahun ini. Pada Februari, Ahmad Jauhari berkata syarikat tersebut menjangka tekanan terhadap keuntungan – hasil dari penumpang – dan akan membuat potongan kepada kos struktur dan meningkatkan produktiviti.
Khazanah, yang memiliki 69 peratus pegangan di dalam MAS, mengesahkan perkara ini. Pada 2012, Khazanah cuba memotong saham di dalam syarikat penerbangan itu, tetapi kesatuan pekerja MAS (MASEU) yang mewakilii 20,000 pekerja menolak tawaran penukaran kepada AirAsia.
“Khazanah akan menyokong MAS seperti Temasek menyokong Neptune Orient ketika berdepan krisis kewangan,” kata ahli perbankan pelaburan, merujuk kepada pelabur kerajaan Singapura yang menyokong firma perkapalan pada 2009.
Persoalannya, bagaimana kerajaan Malaysia dapat menangani masalah sebenar MAS – mengatasi kebocoran dan perbelanjaannya.
Tragedi MH370 masih kekal misteri dan jawapannya hanya akan didapati di dalam tempoh yang lama. Namun, keselamatan KLIA juga dipertikai.
Bagaimana dua warga Iran dengan paspot palsu dapat menaiki pesawat itu? Adakah mereka gagal dikesan? Tiada jawapan, hanya alasan yang diberi pihak berkuasa dan jabatan imigresen.
Polis dan penyiasat belum menolak kemungkinan pesawat itu dirampas. Namun, mampukah seorang perampas mengawal pesawat tersebut selama lebih lima jam?
Pihak berkuasa Malaysia tidak mungkin dapat mengenepikan tragedi ini begitu saja. Ini bukannya tragedi atau skandal yang bersifat domestik.
Siapa bunuh Altantuya? Siapa bunuh Teo Beng Hock? Ini contoh kes yang tidak dirungkai di negara kita yang terkenal dengan slogan Malaysia Boleh.
MAS ditubuhkan pada 12 Okt 1937 dengan nama MAL. Ia memulakan penerbangan sulungnya pada 2 April 1947, sebagai syarikat penerbangan kebangsaan.
Nama MAS digunakan sejak 1963 selepas penubuhan Malaysia.
Tragedi MH370 merupakan tragedi kedua di dalam sejarah perkhidmatannya. Pasa 4 Dis 1977, MH653 dirampas dan terhempas di Tanjung Kupang Johor. Seramai 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh.
Hasil siastan bagi tragedi tersebut tidak pernah diumumkan walaupun ia didakwa dirampas.
MH653 berlepas pada jam 19:21 daripada Lapangan Terbang Subang. Sekitar 19:54 pada paras ketinggian 4,000 kaki di ruang udara sekitar Batu Arang, anak kapal memaklumkan Menara Kawalan bahawa seorang perampas mengambil alih pesawat.
Beberapa minit kemudian, kru memberitahu: “Kami kini menuju Singapura” tetapi pesawat tersebut tidak kunjung tiba. Pada 20:15 semua hubungan dengannya terputus.
MH370 bagaimanapun menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding MH653. Jika ia disebabkan rampasan, penyelenggaran dan servis yang dijalankan MAS bukan isunya.
Adakah kerajaan Malaysia akan membisu dan tidak mengumumkan hasil siasatannya kelak?
Panel siasatan yang ditubuhkan kerajaan Malaysia mungkin tidak akan merungkai misteri ini.
Seorang pembaca, Richard H. Fleming berpendapat:
Jawatankuasa Terpilih Parlimen perlu dibarisi pakar penerbangan dan penyiasat kemalangan udara. Ahli politik yang terlibat sama seperti kita bertanyakan musang yang menjaga ayam “Apa hidangan makan malam?”. Hishamuddin mengamalkan dasar mengatasi politik kepartian. Ini bukan isu. Ketelusan, kejujuran dan integrity merupakan satu-satunya isu yang wajar ditekankan. Setakat ini tiada serpihan dan bukti kukuh menunjukkan ianya terhempas. Saya kurang yakin. Imej satelit tidak sama dengan foto. Kita belum tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Ng Kee Seng Ng Kee Seng percaya Tuhan menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri. Di dalam demokrasi sihat, setiap rakyat Malaysia perlu memainkan perananya di dalam politik dan pembinaan negara. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa