Teori Konspirasi: Melibatkan Kuasa Besar?
SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.- SinarHarian
Baca artikel dibawah, menarik juga teori ini mungkin ada kaitan dengan konpirasi kuasa besar seperti apa yang Prof Dr Mohamad Abu Bakar kata ?
Teori Konspirasi;
1. Drone system dan kelengkapan dirampas oleh Taliban
2. Taliban nak jual ke Rusia, tp Rusia ada isu di ukraine
3. Jual kat China, sbb China nak sangat teknologi drone
4. Agen US & Israel dpt nyusup masuk
5. Brg rampasan dah sampai ke Malaysia
6. Teori Freescale terbabit dlm hal ni
7. Malaysia share code dgn China Airline
8. Nasib tak baik turn MAS bertugas ke China
9. AWACS jamming MH370
10. Plane diverted to Lautan Hindi
11. Safe landing d Diego Garcia utk unloaded precious cargo
12. Departed without pilot
13. Crashed at south hindi ocean
Note;
1. Masa yg panjang buat searching d laut china selatan
2. China sungguh2 menolong demi kargo
3. las minit baru US masuk tolong sungguh2
4. All the sudden Australia tolong
5. Freescale staff ke China for newly built chips
6. Urgur saintis expert in Aeroplane Engine
addendum:
1. Worldwide Israel Embassy tutup kedai dgn alasan takda duit
2. After 9-11, all newly plane ada function remote fly from control center to curb hijack and terrorist.
Klik sini Video inside
Dikutip dari sini
Ahaa, its good conversation concerning this post at this place at
ReplyDeletethis blog, I have read all that, so at this time me also commenting at this
place.
my website pozyczki bez bik Augustow