Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 5, 2014

66 Tahun Yang Lalu.....

Pihak British perlu bayar pampasan bagi pembunuhan Batang Kali 
08:30AM Apr 05 2014
FOKUS: Ada yang berpendapat kerajaan British mengamalkan demokrasi dan menegakkan keadilan. Namun mereka mungkin perlu mengubah pandangan.
Amat menghairankan mengapa kerajaan Malaysia tidak mendesak keadilan bagi keluarga 24 warga Malaya yang dibunuh tentera British pada 1948. - wikipedia
Hanya kerana kejadian berlaku 66 tahun lalu tidak wajar dijadikan alasan bahawa pembunuhan terhadap 24 penduduk kampung tanpa senjata itu boleh dilupakan begitu saja.
Amat memalukan sekiranya kerajaan Malaysia membiarkan pembunuh berbangsa Inggeris itu terlepas dari hukuman. Kerajaan British perlu lebih merendah diri akibat Pembunuhan Batang Kali.
Mereka wajar mengaku bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan mengakhiri episod hitam itu.
Pihak berkuasa tidak wajar mendiamkan diri dan membiarkan hidup mereka tersiksa. Mereka telah mengejar keadilan selama lebih 66 tahun daripada kerajaan British.
Pusat Inisiatif Dasar (CPI) memuatkan artikel bertajuk “Pembunuhan Batang Kali: Keadilan ditangguh lagi” pada 24 Mac tetapi tidak diendahkan media tempatan.
Apa ini? Bukankah sebatang pena berkuasa bagi menegakkan keadilan?
Pengarah CPI Dr Lim Teck Ghee menulis bahawa tiga tahun lalu, pusat tersebut mengeluarkan kembali laporan tentang usaha berterusan oleh pihak penjajah itu bagi menghalang maklumat tentang pembunuhan ke atas penduduk kampung ketika Darurat itu dikongsi dengan orang ramai.
Berikutan buku, Slaughter and Deception at Batang Kali, tulisan Ian Ward, kisah itu menekankan konspirasi sejak awal 1990an di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan British – dan ia berterusan – bagi menghalang siasatan adil dan menyeluruh terhadap pembunuhan (lihat Pejabat Luar Negeri menghalang siasatan pihak berkuasa Malaysia berkenaan pembunuhan 24 penduduk tanpa senjata, oleh Mark Townsend, Guardian.co.uk)
CPI menjelaskan bahawa laporan itu ditulis wartawan British dan diterbitkan akhbar di negara itu. Soalnya ialah tentang laporan berhubung tanggungjawab pihak British bagi insiden, kaedah halangan dan bagaimana mencapai penutup dan keadilan bagi keluarga mangsa.
Pihak Malaysia juga perlu disoal seperti kerajaan British mengapa mereka turut serta menutup insiden ini. Mengapa kerajaan Malaysia bersetuju menamatkan siasatan awal terhadapnya? Mengapa berdiam diri di dalam kes ini?
Ketiadaan penjelasan dari kerajaan Malaysia menyebabkan orang ramai menyimpulkan bahawa pihak berkuasa tidak berminat dengan sejarah negara mereka.
Kini selepas tiga tahun, ada bukti lanjut bahawa keadilan tertangguh. Ini tidak boleh berterusan begini. Kerajaan British dan kerajaan Malaysia masing-masing bertanggungjawab.
Keluarkan semula kenyataan akhbar penuh dari Jawatankuasa BertindakMengutuk Pembunuhan Batang Kali. Ia sengaja diketepikan daripada kenyataan rasmi agar sejarah diputarbelit bagi menjadikannya agenda politik serta perkauman yang dimainkan Umno, termasuk ilmuwan dan media massa.
Press Statement of the Action Committee Condemning the Batang Kali massacre
Kenyataan Akhbar tersebut mengutuk Pembunuhan Batang Kali.
Keputusan ini dibuat pada Rabu di Mahkamah Rayuan UK. Keluarga mangsa pembunuhan Batang Kali 1948 kemungkinan besar menang jika membawa kes mereka ke Mahkamah dengan menunjukkan bukti hak mereka untuk hidup dicabuli.
Rayuan mereka didengar pada 26 Nov – 28 Nov. Mereka berkata UK
Hakim mahkamah rayuan terdiri daripada tiga hakim yang diketuai Maurice Kay LJ. Memang terdapat hubungan di antara kematian, kegagalan menjalankan siasatan dan bukti baru sekitar 1970an dan 1990an yang mendatangkan keraguan tentang bagaimana penduduk kampung dibunuh. Ini termasuk pengakuan tentera British.
Mereka yang terbunuh merupakan orang awam, tidak bersenjata dan tidak mengancam keselamatan. Mereka ditahan semalaman, dibunuh selepas dilepaskan dan kampung mereka dibakar. Hakim mengutuk siasatan lampau sebagai tidak lengkap, berat sebelah dan tidak tamat.
Keluarga yang diwakili Michael FordhamQC, Danny FriedmanQC, Zae Douglas, Stephen Grosz dan John Halford dari Bindmans LLP.
Keluarga 24 penduduk kampung yang dibunuh tentera British pada 1948 membawa kes itu ke mahkamah divisyen UK pada Mei 2012. Pada 4 Sept 2012, mahkamah mempertahankan keputusan kerajaan tidak membuat perbicaraan terbuka bagi pembunuhan Batang Kali.
Mengapa kerajaan Malaysia berdiam diri dan tidak menuntut keadilan bagi rakyatnya? Masih takut dengan penjajah yang telah 57 tahun meninggalkan kitakah? - sumber

2 comments:

  1. Kerajaan Malaysia (baca UMNO) tidak mempunyai kepentingan dlm isu ini, sebab tidak mendapat untung apapun. Tiada seorang pun mangsa adalah kerabat mereka. Apalah yg dapat diharapkan dari pemimpin spt ini. Kena pula dgn PM yg tiada telur, nak mimpikan pembelaan jadi lebih mustahil apatah lagi menjadikan ianya satu kenyataan.

    ReplyDelete
  2. You really make it appear so easy with your presentation but I in finding
    this topic to be actually one thing that I think I might by no means understand.
    It seems too complex and extremely large for me. I'm having a look ahead on your
    subsequent submit, I'll try to get the cling of it!


    My web blog ... Allergy Cleaning

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa