Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 8, 2014

Peralatan Hospital: Orang Sakit bawa Balik Kot?

Peralatan hospital RM2.58 juta 'tak dijumpai'

Sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, dikategorikan sebagai 'asset not found' (V4L) atau peralatan tiada di lokasi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya, sementara yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF telah dihentikan.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan pihak audit tidak dapat mengesahkan status peralatan itu kerana tiada daftar selenggara bagi memantau peralatan V4L, lapor Bernama.

"Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L yang masih dibayar di HTAR mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) telah dikeluarkan bagi 12 peralatan.

"Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan itu masih diteruskan dan jumlah lebih dibayar bagi peralatan berkenaan dalam tempoh antara lapan hingga 38 bulan ialah RM4,497," kata laporan itu, dan menambah 14 lagi tidak dapat disahkan kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan.

Penemuan lain dalam laporan itu, seperti dilaporkan agensi berita nasional antaranya:

(1) Sebanyak 35 daripada 49 kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Batu Kawan, dekat George Town, tidak berfungsi dan alat pemadam api di stadium berkenaan telah berusia lebih 10 tahun serta luput tarikh penggunaan.

(2) Hanya 10.4 peratus daripada keseluruhan 445,104 anggota baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berdaftar bagi tempoh 2011 hingga September 2013 hadir sesi taklimat pengenalan setakat ini.

(3) Pelbagai peralatan sukan yang digunakan pada kejohanan Sukan Malaysia ke-13 (SUKMA XIII) di Melaka didapati tidak digunakan dan rosak sejak berakhirnya kejohanan itu pada Jun 2010.


# Masa aku buat kerja-kerja audit ni, aku dapati banyak peralatan yang berjalan sendiri ke rumah pegawai dan pengarah.......
Jadi aku suruh barang-barang tu balik semuaa ke pejabat!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa