Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 8, 2014

Memali: Maka Berfatwalah siLebai......

Ni aku nak tanya Shahidan yang alim tu
Haramkah membuka cerita untuk menegakkan keadilan?
Adakah semua cerita di dalam sidang Mahkamah itu diertikan sebagai membuka aib wahai sang lebai?

Kenapa pulak tiba-tiba Shahidan terjumpa 'Nas' yang melarang membuka aib sesama saudara Islam?
Sebelum ini bukan setakat mengaibkan bahkan fitnah yang amat dahsyat lagi tapi tak pulak ada dari kalangan puak-puak ni terjumpa 'Nas' yang melarangnya!
Lebai ni lulusan universiti Islam mana?
Isu Memali: Menteri kata jangan buka aib

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjawab isu pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung peristiwa Memali dengan memberi nasihat bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalak individu supaya menutup aib orang dan individu yang melanggarnya dianggap berdosa.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sekiranya beliau menujukan nasihat tersebut kepada Musa supaya tidak mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri semasa peristiwa itu berlaku.

"Dari segi moral, tutup aib orang, Allah akan tutup aibnya di diakhirat. Saya ingat, kalau hebat macama mana sekalipun, sebagai orang Islam, elakkan dari dedah aib (orang) dan sebagainya,

"Perbuatan itu daripada fitnah atau memgumpat. Kita kena pakai, itu undang undang Islam tak berubah. Mengaibkan orang hukumnya berdosa.

"Perhati-hatikanlah. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan oleh Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang).

MP berkenaan meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan Musa dianggap sebagai kebocoran maklumat.
Beliau merujuk kepada pendedahan Musa akhir bulan lalu bahawa ketika peristiwa Memali meletus pada 19 November 1985, Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Musa, yang sering dipersalahkan atas kejadian yang menyebabkan kematian 14 orang awam dan empat anggota polis itu, turut menjelaskan dalam acara forum berkenaan bahawa beliau bukan pemangku menteri ketika peristiwa Memali.

Mengulas lanjut, Shahidan (BN-Arau) dalam jawapannya hari ini berkata pihak yang membocor maklumat kerajaan rahsia besar atau rahsia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Saya percaya jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko yang mereka hadapi, melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

"Tak kira siapa. Kita nak tengok apakah maklumat tersebut termasuk dalam kategori bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa