Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 2, 2014

Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya: Mundur 40 Tahun Ke Belakang!

Nak tanam keharmonian atau nak cari gaduh? 
Allahyarham Tun Abdul Razak bersusah payah memupuk keharmonian nasional pasca 13 Mei 1969
Kenapa pemimpin sekarang pula cuba pecah-belahkan?

Ke mana aspirasi 1Malaysia Najib (anak Tun Razak)?
Kenapa nak ikut sangat dua biji kepala MP lapuk yang beridea sifar itu?

'Kenyataan menteri sahkah persempadanan ikut kaum'

BERSIH menganggap saranan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundian berasaskan garis kaum secara tidak langsung mengesahkan anggapan persempadanan semula dibuat berasaskan warna kulit.

Gabungan itu berkata, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan pengakuan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmat.
"Ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengerusi SPR yang persempadanan semula dilakukan mengikut kaum," kata pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah (kiri).

Abdul Rashid, pengerusi SPR antara 2000-08 sebelum ini dilapor mengakui, tiga persempadanan semula pada zamannya bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan Melayu.

Maria menyifatkan kenyataan Shahidan yang disokong Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) itu sebagai memalukan dan menyemarakkan perkauman.

"Saya rasa ia sebenarnya tidak masuk akal dan amat memalukan (apabila) kita ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia menyemarakkan isu perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat tentang Pilihan Raya Umum ke-13 kepada tujuh MP Pakatan di Parlimen, tengah hari ini. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa