Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 9, 2014

Tiada Siapa Boleh Sentuh Polis?

Tak sangka pula begitu kebalnya PDRM
IPCMC pun mereka tolak....

'PDRM satu-satunya agensi tanpa pegawai SPRM'
MP DAP menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low menjelaskan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantah keputusan untuk tidak menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pasukan tersebut.

MP Segambut Lim Lip Eng dalam sidang medianya meminta Low menjelaskan jawapan bertulis yang menyatakan pegawai SPRM telah ditempatkan dalam di kementerian dan agensi kerajaan "kecuali PDRM yang mempunyai Jabatan Integriti sendiri".

"Adakah polis cukup berkuasa? Adakah ini disebabkan tiada siapa yang boleh sentuh polis kecuali mereka sendiri?," kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Paul dalam jawapanny menyebut, seramai 20 orang pegawai suruhanjaya itu ditempatkan di kementerian dan agensi kerajaan termasuk di Jabatan Kastam, Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen sehingga 6 Mac 2014.

Malah, pihak kerajaan menubuhkan unit integriti di semua agensi awam peringkat pusat dan negeri bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam agar penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta kebertanggungjawaban. - mk

1 comment:

  1. Anggota SPRM yang ditempatkan dijabatan kerajaan itu adalah sebagai pemberi maklumat secara sulit jadi jika tidak sebulu dan separti tunggu dan lihat lah pelbagai perkara pelik akan berlaku, jika benar mereka-mereka ini bertugas secara telus dan ikhlas kerana Allah demi untuk mengakkan kebenaran ,kenapa dalam laporan ketua Audit Negara masih terdapat ketirisan perbelanjaan diberbagai jabatan seperti yang kita lihat dan baca apabila dibentang dalan dewan rakyat,apakah semua ini hanya dandiwara juga, jawablah sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa