Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 9, 2014

MH370 - Apa Sebab TUDM Tidak Pintas?

Sedari awal aku dah soal termasuklah di sini
Sebenarnya pegawai-pegawai tinggi TUDM ada jawapannya
Tapi seperti biasalah ianya menjadi rahsia tentera
Sape yang berani nak buka mulut?
Nak ko jadi macam Major Zaidi?
Periuk nasi masuk pasir weh........

Mantan Panglima: Nasib MH370 mungkin berbeza jika TUDM pintas

SHAH ALAM 8 APRIL: Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.
Mantan Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud, berkata adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.
Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.
Menurut beliau antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.
“Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman,” katanya dipetik AstroAwani.
graphics_MH370_radar_afp_540_322_100Suleiman mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.
Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar.
Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.
Radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa