Jawatan Pesuruhjaya ni, jawatan lantikan atau pemilihan?
'Dia ahli biasa tak perlu layan'
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
16 Januari 2015
Satiful Bahri Mamat
Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu.
“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.
Selain menjelaskan bahawa Zulhazmi adalah peguam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) iaitu salah sebuah NGO yang lantang mengkritik kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi, Satiful Bahri turut membidas Zulhazmi supaya tidak mencampuri urusan parti itu.
Satiful Bahri menegaskan, perwakilan dalam Muktamar Pas akan memainkan peranan untuk menentukan sama ada Abdul Hadi kekal atau sebaliknya.
“Kalau kepimpinan persatuan peringkat dunia iktiraf beliau (Abdul Hadi) dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, kenapa kita di Malaysia hendak tolak?
“Untuk jawatan Mursyidul Am Pas, kita sudah ada Timbalan Mursyidul Am iaitu Datuk Dr Harun Din,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada Muktamar 2013 berkata, ini sebab Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.
Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka menjelaskan bahawa suara yang lantang itu tidak lebih sebagai suara picisan dan karenah mereka tidak perlu dilayan.
Walaupun menyedari tindakan Pasma semakin lantang, apatah lagi membuat kenyataan terbuka melalui laman sosial dan media mengenai Pas, beliau tidak melihat ia sebagai ancaman.
“Dalam Pas, kita sudah lama menghadapi perkara seperti itu,” katanya.
Bebudak Bahalol PAS ada di mana mana saja.
ReplyDeleteOrang orang Bahalol layak jadi pemimpin ke ????
Kopiah kopiah serban setban tu tuk cari makan ke atau gaya saja ???
Bahallol saja , rata rata orang orang Melayu.
Penjilat tegar hadi awe
ReplyDeletePatut la PAS tak menang di ganu
Rupa2nya pemimpin PAS ganu semua bodo2 belako termasuk pemimpin riak bernama hadi awe
Pemimpin2 UG ni ingat dia orang sahaja yang bayar yuran keahlian PAS? Siapa ahli biasa? Haji Hadi pun ahli biasa jugaklah weiiiii. Isi borang keahlian macam mana ahli lain jugak. Samalah macam bayi yang baru lahir, semua keluar dalam keadaan telanjang semasa dilahirkan kecuali Nabi Adam.
ReplyDeleteKalau pandai cakap arab, yang sorang lagi tu pasti pandai english. Kau pandai ilmu agama, yang sorang lagi pandai ilmu undang2, yang sorang pandai mengeluarkan ucapan berunsur fitnah, sorang lagi pandai keluarkan hujah.
Tak taulah kalau Haji Hadi masuk PAS ikut pintu belakang... itu dah kira mcm org tak puasa di bulan Ramadhan. Kau kenal Azazil? Makhluk tu satu ketika dulu lebih mulia dari malaikat kira2 lebih tinggi tarafnya dr pengikhtirafan dr jwtan tim persatuan ulama sedunia.... apa sangatlah jwtan tu.... dunia jeee... malah mampu menerbit penyakit waham, Azazil ni angkuh punya pasal.... jadi Iblis akhir... yang dok menyesatkan ustoad2 UG supaya perasan berkasta tinggi sedangkan dia org masuk PAS isi borang yang sama jugaklah.
Aadoooi....!!!! Lebai ni nak wakili Islam tapi punya ciri2 non Islam.
ReplyDeleteEnte basha( baca) sirah nabi lah.
Ada fun baginda susun strategi feran, baginda ditegur sama budak umur lima belas tahuun.
Baginda senan hati trima teguran tersebuut.
Ente jangan kasi malu sama kita oran Islam lah.
Jika Hadi tetap hendak dicalonkan & menang bertanding apatah lagi menang tanpa bertanding, maaf cakaplah, PAS akan ditalkinkan. Adakah sesiapa nak bertaruh?
ReplyDeleteBaru aku tahu, kentut Ulama UG tidak membatalkan wuduk. Sebaliknya sekadar terfikir kentut oleh ahli biasa sahaja menyebabkan ahli tersebut perlu mandi hadas dengan air tanah tujuh kolah masjid yang dilanggar tsunami.
ReplyDeleteHanya rasulullah maksum, hidupnya tèrpimpin dgn wahyu, lantas baginda ta perlu org lain membetulkannya. Manusia biasa seperti kita walau diktiraf oleh dunia, masihnperlu pihak lain menegurnya. Cadangan memisahkan kuasa presidrn dan ketua majlis syura ade hikmahnyà. Kadang teguran seorang budak kecil ade hikmahnya. Jangan bongkak soombong dlm menerima nasihat krnsombong tu cuma Allah saje yg layak...
ReplyDeleteKopiah putih cari makan. Harapkan Yusuf Qardawi nk lantik Hj Hadi sorrylah. Siapa yg recomen Hj Hadi jd Tim Ketua Persatuan.Ulamak Dunia? Dia harap HjHadi belajar dr ulamak2 tersohor. Ulamak2 tu blh sekolahkn Hj Hadi supaya keluar dr dunia jumud leka didewakan penyokong taksub.
ReplyDelete"Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu telah binasa kerana apabila golongan atasan dan bangsawan dalam kalangan mereka melakukan kesalahan, mereka dibiarkan. Apabila golongan bawahan dan rakyat biasa melakukan kesalahan, hukuman yang ditetapkan oleh Allah (Hudud) dilaksanakan ke atas mereka. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya pasti aku akan memotong tangannya."
ReplyDelete* Terjemahan daripada hadith sahih riwayat Imam Al-Bukhari (No. 6,788) & Imam Muslim (1,688).
Aku cilok dari komen Bro Faqar
Mantap bro...hakikatnya umat Islam kena kembali pada AlQuran dan Sunnah. Kalau tidak kokok lah transformasi ke ...aqidah ke..muhasabah ke..dok cam tu jugak.
DeleteKalau cuma suara picisan dan bukan jadi ancaman serta tidak perlu dilayan KENAPA KAU JAWAP dan buat kenyataan akhbar...Mengong punya olang....
ReplyDeleteKorang nak sibuk hal PAS apasal? Biarkan mereka. Kalau tak suka presiden atau siapa-siapa dalam PAS gunakan saluran yang betul. Gunakan kuasa memilih kamu masa muktamar nanti. Tiada gunanya melalak tak bertempat. PAS selalu dilihat melakukan kesalahan kerana mereka ni berkopiah, berserban, berjubah dan yang paling dibenci kerana meletakkan Al-QURAN sebagai rujukan. DAP, UMNO dan PKR sentiasa nampak macam hebat kerana mereka nI berpolitik hanya untuk kuasa dan pangkat serta kesenangan duniawi dan meletakkan Al-QURAN dibelakang hanya perlembangaan jadi rujukan. Apabila mereka bercakap mengenai kehendak agama mereka akan dikutuk seperti PAS. Itulah masyarakat kita sekarang kerana Iman masih lagi hanyut bersama musuh nyata manusia.
ReplyDeleteMana PAS pakai Quran?
DeleteKeluar kenyataan berunsur hina dan kasta tu ikut kitab Hindu.
Anon 11:28
DeleteSdra suka sangat pakai tangkap borong. Bila ada kritikan orang seperti sdra cari alasan dengan mengaitkan PAS dan Islam secara borong. Sdra berselindung dengan mempalitkan dengan PAS dan orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan kritikan tersebut.
Dalam isu diatas yang dikritik ialah Ustaz Satipul Bahri. Apa yang dia kata tu m3mbayangkan ahli PAS ini ada berkasta atau beberapa kategori. Sedangkan perlembagaan PAS secara terang menjelaskan bahawa didalam PAS hanya terdapat satu kategori ahli sahaja ia itu "AHLI BIASA". Jawatan didalam PAS bukan melambangkan status keahlian PAS. Presden pun adalah ahli biasa. Ahli MSU adalah ahli biasa PAS. Jadi keahlian PAS dan jawatan didalam PAS adalah 2 perkara yang berbeza.
Paham tak isunya? Ustaz Satipul adalah pemimpin No.1 PAS Terengganu. Jika PR atau PAS menang, dialah yang akan jadi MB Terengganu yang baru - P3MIMPIN KERAJAAN NEGERI TAU!
Takkan s3bagai p3mimpin PAS No.1 Terengganu, Uataz Satipul ni buta kayu tentang perl3mbagaan PAS. Bab Ustaz Satipul bercakap bodoh ni bukan kali ni je. Dah berkali-kali. Persoalannya s3bagai p3mimpin No.1 PAS Terengganu, dia s3ndi4ipun buta kayu pasai pe4lembagaan parti dia sendir, benda-benda lain pun l3bih kurqng juga lei - macamana orqng nak yakin dengan PAS Terengganu, mahukah orang memberi undi untuk memenangkan PAS Terengganu dalam PRU 14 nanti bila tahu tahap kemampuna Ustaz Satipul Bahri macam ni?
Cerita Ustaz Satipul Bahri yang buta kayu pasai perl3mbagaan parti TIDAK ADA KENA M3NGENA DENGAN PAS DAN ISLAM...TOLONG PAHAM BETUL-BETUL? Jangan s3kali-kali mencemarkan nama PAS dan Islam apabila ada dikalangan pemimpin PAS bercakap bodoh, bertindak hodoh.
Satu perangai buruk puak orang PAS yang menyokong kepimpinan ustaz-ustaz ( ambil perhatian...bukan kepimpinan ulamak!) ialah bila tersepit d3ngan kelemahan peribadi atau kantoi, selalu kaitan dengan PAS, dengan Islam, dengan peranan ulamak-ulamak muktabar. Bila berlaku kelemahan diri, itu adalah kelemahan diri sendiri! Jahat tau jika kita cuba menutup kepemahan diri dengan berselindung disebalik PAS, perkataan "ULAMAK" atau mengaitkan orang lain didalam PAS yang tidak te4libat sebab mereka juga adalah ustaz-ustaz atau ulamak.
Saya harap sdra tidak lagi menggunakan PAS, Islam dan pe4kataan " ULAMAK" secara borong atau memperdagangkannya untuk tujuan kep3ntingan puak sdrs yang sempit. Islam tidak macam tu.....
Saudara Bat8
DeleteAnda gentleman dan telus.
Mohon maaf dari saya.
Harap PAS dapat teruskan agenda hudud untuk martabatksn Islam.
Abe
ReplyDeleteSi Satipul Bahri ni Pesurujaya PAS yang buta perlembagaan PAS! Macamana orang buta kayu perlembagaan parti boleh diangkat jadi pemimpin PAS NO.1 negeri Terengganu? Bayangkan kalau perlembagaan parti pun buta kayu, apa lagi kita harap dari dia dalam isu-isu dan perkara-perkara lain.
Patut la PAS Terengganu ni terok. Kalau pemimpin No.1 dah buta kayu macam ni, bayangkan bagaimana pula keadaan pemimpin-pemimpin dibawah beliau dan ahli akar umbi. Takkan orang bawah lebih cerdik dari dia!....tak masuk akal. Tapi ini PAS Terengganu, perkara pelik dan yang tak masuk akal adalah trademark mereka! Tengoklah kelaku Presiden PAS...tak ke Presiden PAS pun dari PAS Terengganu!
Stop bat8.pls stop.
Deletehehehehehe.aku x tahan geli urat perut.
buta??hehehe.
kalo tu pun kiokk camana laaa nak cerita memajukan terengganu..aduss adusss.
bat8 san air gunung
ReplyDeleteoleh kerana tidak semua pengunjung memahami isu, maka abe tak ambil hati atau komen balas. Tu pun ada juga sekali sekala abe komen balas kepada yang terlampau terpesong dari isu pokok atau isu yang dibincangkan.
Tapi masalahnya ada segelintir buat-buat tak faham walau pun hakikatnya dia faham. Cuma dia buat begitu hanya cuba melarikan isu sahaja