Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 18, 2015

MH370: Mungkin masih dalam keadaan baik

Pesawat MH370 mungkin dalam keadaan baik

Sydney: Pesawat MH370 berkemungkinan besar akan ditemui dan dipercayai dalam keadaan baik walaupun selepas tenggelam selama 10 bulan.


Martin Dolan (gambar), Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai operasi mencari pesawat itu berkata, dia yakin pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan ditemui tetapi mengakui ia akan mengambil masa.

Tiga kapal dengan yang keempat dalam pelayaran, kini menjalankan operasi mencari di dasar Lautan Hindi di barat Australia, tempat pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang itu kebanyakannya rakyat China, dipercayai terhempas.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Selain memperoleh beberapa isyarat misteri ‘ping’ yang menggambarkan laluannya, tiada tanda-tanda mengenainya ditemui walaupun operasi udara dan laut dijalankan secara besar-besaran.

Setakat ini, suku daripada kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer sudah diperiksa, manakala zon yang lebih besar seluas 208,000 kilometer persegi sudah dipetakan.

Pencarian utama bermula pada awal Oktober lalu dan operasi akan ditingkatkan lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran keadaan cuaca bertambah baik. - Agensi

5 comments:

  1. ada lagi nak cerita lawak MH370 ni,cukup2 lah buat sakit hati ja,lebih2 lagi bagi ahli2 keluarga penumpang dan krew itu.berterus terang ja,tak yah bagi alasan lagi. kes yang akan selasai selagi mana macam andaian dan cerita donggeng di olah supaya ianya nampak benar dan sah bahawa plot cerita pesawat tu berakhir dilautan hindi.cuma satu saja untuk menglindungi pihak2 tertentu.'You help me,Me help you'

    ReplyDelete
  2. ialah, tak logik penyerang diParis trtinggal ic pula. Pada 9/11 trtinggal paspot. Pengganas dan penyerang bodh kah mereka??

    ReplyDelete
  3. Ini bebende bahalol lahanat yahudi buat kerja.

    ReplyDelete
  4. MH 370 wonderland malaysia dalam bahaloland. Hee ...heee....heeeee.....

    ReplyDelete
  5. cialis information side effects home
    [url=http://pharmshop-online.com]generic cialis[/url] uk cialis onlineclinic
    generic cialis - cialis how it works
    cialis from canada online pharmacy log out

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa