Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 18, 2015

Kenapa Najib masih berkeliaran di Putrajaya lagi?

Kalau Najib benar berjiwa besar dan sayangkan negaranya, berundurlah!
Kenapa Najib masih berkeliaran di Putrajaya lagi? Kesalahan yang macam mana yang membolehkan seseorang Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan? Tidak kah cukup lagi dalil-dalil dan sebab-sebab kenapa Najib dan seluruh barisan kabinetnya yang gagal sekarang ini untuk meletakkan jawatan?

Cuba kita sebutkan apakah yang baik yang telah Najib lakukan yang membolehkan beliau kekal duduk di Sri Perdana itu? Najib mempunyai imej seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab kerana beliau tidak mempunyai roh kepimpinan yang betul dan secocok dengan kemahuan negara dan rakyatnya.  Najib telah gagal segagal-gagalnya untuk mentadbir politik dan negara walaupun beliau telah melalui segala-gala laluan dalam kepimpinan parti sejak memasuki politik pada tahun 1976 yang lalu.

Datang dari keluarga yang pejuang pun dan di tambah dengan pelajaran luar negara sekali pun tidak dapat menggilap beliau sebagai pemimpin yang mempunyai roh yang sesuai dan secocok untuk negara yang kosmopolitan ini. Najib tidak mampu untuk belajar baik dari kesilapan sendiri mahu pun dari kesilapan orang lain dan pendeknya beliau hanya mempunyai kulit yang cantik dan kehidupan yang senang dari keluarga seorang Perdana Menteri.

Segala yang dilaungkan dan dilancarkan secara ‘ambitious’ untuk kemajuan negara semuanya gagal dilaksanakan dan beliau tidak dapat menghampiri cita-citanya untuk menunjukan kelainan dari pimpinan terdahulu. Beliau tidak dihormati oleh rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu untuk menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab dan prihatin terhadap kemahuan dan keperluan rakyat pimpinannya dan kerajaan yang diketuainya.

Jika sudah sampai ketahap ini maka tidak ada sebab untuk beliau dan pimpinan dalam kabinet beliau kekal dan masih berkeliaran di Putrajaya melakukan semua yang tidak digemari rakyat. Mereka ini menjadi masalah kepada negara dan tidak tahu bagaimana mereka boleh dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara sedangkan mereka sendiri adalah penyumbang kepada masalah yang negara hadapi kini.

Najib telah gagal dalam segala-galanya dan untuk terus menjadi ketua kerajaan merupakan satu tindakan yang menzalimi rakyat dan dirinya sendiri. Jika Najib bersara ia boleh membuka ruang bagi mencari penggantinya yang boleh dianggap mempunyai 'stature' yang baik untuk meneruskan mentadbir dan membina negara ini ketahap yang lebih tinggi lagi.

Jika Najib bersara tentulah ia diikuti oleh barisan kepimpinan dalan kabinet sekali kerana kegagalan Najib itu juga adalah kegagalan keseluruhan barisan kabinet itu. Itu sememangnya biasa kerana kabinet yang ada itu adalah lantikan Perdana Menteri yang gagal itu. Kegagalan Najib itu adalah kegagalan seluruh ahli-ahli jemaah kabinet itu. Itu adalah ‘collective responsibility’ yang digunapakai oleh kebanyakan kerajaan di negara-negara maju.

Najib sendiri mesti mencari ‘instruments’ demokrasi yang ada jika mahukan perubahan dan ianya perlu dilakukan oleh Najib sendiri jika beliau mempunyai jiwa yang besar dan ingin melihat negaranya maju ke hadapan. Jika beliau mempunyai jiwa yang besar beliau tidak akan membiarkan negara menjadi begini kucar kacir dan membawa kerosakan negara semata-mata kerana tidak mahu berganjak dari jawatan yang disandangnya sekarang ini.

Adalah wajar bagi Najib dan barisan kabinetnya untuk mengembalikan kuasa kerajaan kepada Majlis Raja-Raja  misalnya dan Majlis Raja-Raja memilih sesiapa yang beliau anggap sebagai orang yang di yakini baginda untuk mentadbir negara buat sementara bagi memulakan sebuah negara baru dan akhirnya membawa negara kepada ‘ambience’ politik yang baru dengan semangat yang baru untuk rakyat mengharapkan perubahan dan meninggalkan masalah-masalah yang mereka hadapi sekarang jauh dibelakang.

Mungkin Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh memainkan peranan yang besar dalam perubahan yang amat diperlukan ini. Lupakan cara pemilihan seorang Perdana Menteri secara konvensyen sekarang ini, dalam mana sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu adalah otomatik menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan memperuntukan seseorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti walaupun dengan ‘simple majority’ itu boleh dijadikan Perdana Menteri termasuk yang menjadi ahli UMNO itu sendiri.

Perubahan ini amat diperlukan kerana jika tidak ada perubahan dalam jangka masa yang terdekat ini, ramai merasakan kita akan ditadbir oleh mereka yang tidak berjiwa seperti kita dipimpin oleh hanya jasad yang tidak berjiwa lagi. Kita semua tahu apa yang akan berlaku selepas ini jika tidak ada perubahan itu.

Kita mahu melihat seseorang yang mampu melakukan sesuatu yang tepat dalam kita menghadapi kejatuhan ringgit Malaysia yang sangat mengerikan ini. Kita mahu di pimpin oleh seseorang yang mahir dalam mengendalikan negara dalam waktu kejatuhan harga minyak yang mendadak sejak dua bulan lepas. Kita mahu dipimpin oleh seseorang yang berpijak diatas bumi yang nyata.

Kita mahu dipimpin oleh seseorang yang ‘realist’ dan mengakui kita wajar hidup dalam keadaan aman bersama-sama rakyat berbilang kaum yang saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. Kita mahukan negara menjadi sebuah negara dalam mana ia tetap dengan perjuangan yang ‘ultimate’ iaitu untuk mencapai ‘national unity’ yang abadi tanpa ada sesiapa yang mempersoalkan budaya dan hidup beragama masing-masing.

Yang lebih penting lagi kita mahu seorang yang memimpin negara yang boleh mendidik pimpinan yang rasuah itu adalah satu budaya dan kerja yang amat hina di sisi apa sekali pun lebih-lebih lagi di sisi agama dan budaya kita. Kita mahukan pemimpin yang memahami dalam erti kata yang sebenarnya yang rasuah itu adalah lebih hina dari seseorang yang memakan daging saudaranya sendiri.

Kita mahukan seorang pemimpin yang boleh mengisi kembali roh keluhuran dalam mentadbir negara. Kita perlu mencari pemimpin yang tidak merelakan pimpinan negara di setiap peringkat mengambil yang salah itu sebagai benar dan mengambil yang benar sebagai salah.

Kita perlukan kepimpinan baru yang mampu untuk kembali kepada ‘basic’ kepimpinan. Semuanya tidak ada dalam ‘set’ kepimpinan hari ini dan untuk kembali kepada yang ‘basic’ itu tadi. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dari semua pihak termasuk dari mereka yang sedang enak dengan kuasa dan glamor sekarang ini.

Bagi Najib dan barisan kepimpinan hari ini, mereka hanya ada satu cara sahaja untuk menunjukan yang mereka sanggup berkorban untuk negara, iaitu berundur dan memberikankan kepada yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin negara dan negeri.    

4 comments:

  1. Ringgit JATUH teruk berbanding negara jiran.

    Pelabur dah mula bimbang....

    Menteri masih berbangga dgn KEBODOHAN mereka.

    Negara Jiran Gelak Ketawa Melihat Kejatuhan Ringgit.

    UMNO/BN lah yang bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yg benar-benar berkarisma sebagai pemimpin peneraju yg ada pd ketika ini adalah DSAI & Husam. Yg lain-lain itu, sama ada mereka tidak mendekati kriteria sebagai peneraju negara atau tidak layak langsung.

    ReplyDelete
  3. Budak Bahalol tak akan lepas kan tabung emas nya selagi dia ber tenaga.

    Budak Bahalol memang tahu nilai antara batu bata dan emas.

    Bukan semua bahalol tu , bahalol tegar.

    Hanya dengan cara lahanat , bebudak bahalol bebas ber gaya kaya dengan mentedarah harta rakyat terang benderang.

    Kalau tak bijak , tak mungkin jutaan jutaan bahalol ambil mat bahalol jadi ketua kabilah.

    Salam 1Bahalol.

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn artikel ni... Tu pun xmasuk dlm hal isteri dia yg terus merosakkkan imej najib yg sudah lalok... Seronok dgn keliling yg cuma tau menjatuhkan beliau... Dia langsung xberwibawa seperti pm yg lalu... Najib perlu turun segera... Buat election baru... Amno berundur... Kalau tidak negara terus rosak dek amno dan najib...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa