02:30PM Jan 17 2015
oleh Hazlan Zakaria
KOMEN: Semalam, segala derita PAS seakan jauh kelihatan, namun dengan bah besar yang melanda Kelantan membuka laluan buat kerajaan perpaduan, kini ia kelihatan bakal berpanjangan.
Ya saya percaya pertemuan tergempar di kalangan pihak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberi petanda yang agak serius.
Terdapat gambaran bahawa ianya mungkin bermakna terdapat campurtangan daripada salah satu rakan Pakatan Rakyat.
DAP seakan mahu terlibat di dalam pergeseran dalaman PAS serta cuba memikat beberapa ahli parti itu?
Berkemungkinan, kerana kerenggangan hubungan DAP dan PAS telah lama diketahui bahkan mengundang teka-teki samada salah satunya bakal meninggalkan Pakatan, dek kerana hukum hudud.
DAP pula galak mencari tarikan di kalangan orang Melayu dengan nama-nama besar seperti Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud dan Syefura Othman, membarisi senarai pemimpin muda mereka.
Tetapi sudah tentu dengan kehadiran beberapa tokoh PAS mampu menjadikannya lebih meyakinkan pengundi Melayu terutama jika mereka membentuk Sayap Pemuda Islam DAP.
Pasma telah lama berkata mereka mampu membentuk gabungan berasingan. Ia juga berhasrat membentuk sesuatu yang mampu menggantikan PAS sebagai pentas Melayu-Islam.
Jika DAP dan Pasma bersatu, ianya tentu menjadi sesuatu yang sensasi.
Politik di Malaysia senantiasa menyaksikan gabungan berdasarkan ras, dan saya menganggapnya politik Voltron.
Apa yang diperlukan ialah gabungan bangsa yang sekata bagi menjadi kunci kepada politik nasional.
Seperti siri kartun 80an itu (Voltron) di mana anda perlu memadankan singa dengan lima warna membentuk robot, gabungan politik di Malaysia memerlukan penyertaan kaum India, Melayu dan Cina, serta lain-lain.
Ingat lagi laungan ketika membentuk robot pelindung galaksi tersebut:
"Ready to form Voltron! Activate interlocks! Dyna-therms connected. Infra-cells up; mega-thrusters are go! Let's go, Voltron Force!
"Form feet and legs; form arms and body; and I'll form the head!
“Bersedia membentuk Voltron, aktifkan kekunci! Mencapai terma Dyna, ikatan sel-sel terjalin; daya pecutan mega muncul, laksanakan Kuasa Voltron!”
“Bentuk kaki, tangan, lengan serta badan, dan saya menjadi terajunya!”
Ini pula laungan bagi gabungan politik di Malaysia:
“Bersedia membentuk pakatan, aktifkan gabungan! Mencapai kompromi, kerjasama terjalin; kepercayaan diraih (agaknya), laksanakan pakatan!”
“Dapatkan kerjasama kaum India dan Cina, dan bangsa Melayu sebagai terajunya!”
Kini persoalannya, apakah DAP mahu mensabotaj PAS dengan memecahbelahkan parti itu? Memang dah lama kita menjangkanya.
Sambil menyelam minum air, apa salahnya? Sudah tentu ini langkah politik yang bijaksana di mana PAS akan tempang dengan gabungan baru diraih DAP.
DAP bagaimanapun tidak wajar melakukannya. Perpecahan di dalam PAS bukan perkara baru kerana dahulupun PAS bermula daripada perpecahan di dalam Umno.
Ia kemudian membentuk parti Islam kerana pada tanggapan ahlinya, Umno tidak cukup Islam.
Ironinya, kini ada di kalangan ahli PAS berkata parti itu terlalu konservatif dan tidak cukup liberal bagi membentuk gabungan Pakatan Rakyat yang ampuh.
Abe
ReplyDeletePertemuan PasMa dengan LGE boleh dilihat dari beberapa sudut. Penulis rencana ini membuka salah satu sudut itu.
Pada saya, dari satu sudut ia memberi gambaran apa yang perkembangan yang berlaku didalam PAS (yang tidak nampak oleh kita diluar dan dari akar umbi) mungkin agak serius. Tindakan PasMa-LGE itu tidak sepatutnya jika kita lihat dipermukaan, kerana tindakan PasMa itu seperti menikam PAS dari belakang.
Sebagai orang luar kita hanya boleh membuat andaian dari perkembangan-perkembangan yang berlaku. Kemungkinan ia ada kaitan dengan pemilihan PAS yang akan berlangsung bulan Jun tahun ini.
Kita tahu puak-puak UG begitu kuat berusaha untuk menghapuskan golongan profesional dari pucuk kepimpinan PAS untuk seisi 2015 -2017 akan datang. Kita juga mendengar bagaimana golongan ini sedang menyusun strat3gi ini dikalangan akar umbi di seluruh negara.
Apakah tindakan PasMa berjumpa dengan DAP via LGE ada kaitan dengan pemolihan bulan jun nanti?
bat8
ReplyDeleteItulah sebabnya abe tak berani nak komen apa-apa tentang pertemuan PasMa dan LGE.
Sebab apa yang kita nampak adalah hanya di permukaan tetapi di dasarnya tak tahu apa yang berlaku. Pada abe lagilah...abe bukan lagi ahli PAS kalau ikutkan perlembagaan PAS sebab sudah berpuluh tahun sejak tahun 1990 abe tak bayar yuran dan tak ikut aktiviti mereka kecuali sekali abe pergi jumpa Husam di SUK semasa Husam jadi exco
Masuk je DAP tak perlu susah-susah nak tubuh parti baru. DapMa pun sesuai.
ReplyDeletePAS jenama Gagal dan Bahalol.
ReplyDeleteBubar saja PAS tak perlu bahalol sampai mati.
PAS tiada nilai ekonomi , dapat Kelantan pun sampai papa miskin.
Bahalol Tegar.
Abe.
ReplyDeletesekiranya kita meneliti tulisan lutfi(peng.Harakah) di akhir 90an dan dr mujahid mp p.buntar,benda2 seperti ini (relevansi kepimpinan Ulamak cabaran survival abad 21 perubahan pemikiran politik)telah disentuh.cuma pemimpin dan ahli PAS pandang remeh atau cebek bibir.mereka merendahkan teguran n keritikan.x berminat dgn budaya pemikiran kritis walau dlm organisasi wujud institusi kajian n pemikaran.tapi kemana pergi semua kajian tersebut.siapa yg membaca dan mendebat dan hadamkan.yg pasti hanya syok dgn ceramah ceramah ceramah hentam umngok.syok sendiri.hasillnya lahirlah ahli dan bakal pemimpin robot kilang.hangguk2 geleng2.sebut walaa' jer berdiri bulu roma keting.sampai x reti nak beza utk apa walaa'.
Rasanya dah sampai masa utk pasma bergerak sendiri.. Professional yg lebih baik pegangan agama dari ustaz yg tau cuma dok berjampi serta dok mengata org tu xbetul dan org ni xbetul... Sehingga meninggal kepentingan membantu rakyat... Dok ngajar kat pondok tidak ada iman sesaorang itu kalau tidak menyayangi kaum seagamanya tu sedangkan depa sendiri tidak praktik tetapi dok sibuk besarkan busung dok sibuk dgn kereta mewah tetapi suruh org kampung jgn bermewah... Ni le nilai pas yg ada hari ini... Elok le pasma kluar dan mengorak langkah sendiri... LGE walau pun xda agama tetapi EQ tinggi dalam membantu rakyat... So nilai sejagat ni boleh kita bersamanaya utk digunakan membntu sedara seislam agar maju dan berakidah ...
ReplyDelete