Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 18, 2015

Ooh.....Komentar Awang Selamat rupanya!

Kalau nak tukar nama Awang Selamat patutnya jadi Awang apa ek?

PasMa duri dalam daging PAS
January 18, 2015
Awang kasihan kepada PAS kerana makin ramai jadi 'duri dalam daging' dalam parti tersebut.
Lim Guan Eng _090PETALING JAYA : Ke mana Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang diketuai ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi mahu dibawa?, soal Awang Selamat.
Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia itu berkata, timbul persoalan besar apabila jejak-jejak PasMa makin mencurigakan.
“Terbaharu PasMA mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bertujuan merangka kerjasama dan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Phahrolrazi dalam reaksinya selepas pertemuan itu dilaporkan berkata, PasMa sedia timbang untuk jadi sebuah parti politik yang akan menjadi sekutu baharu kepada pakatan Pembangkang. Apa sudah jadi?,” kata Awang.
Awang berkata, tindak-tanduk PasMa semakin jauh menyimpang daripada landasan perjuangan parti itu.
Menulis dalam ruangan analisis mingguan, Awang berkata DAP termasuk Guan Eng banyak mengkritik, memperlekeh dan membantah hasrat kerajaan PAS melaksanakan hukum Hudud.
“Di sebalik najis yang diberikan DAP kepada PAS, PasMa menghadiahkan bunga kepada DAP,” ujarnya.
Majlis Syura Ulama PAS telah mengingatkan agar tiada ahli PAS menyertai sebarang aktiviti PasMa, yang selari dengan Peringatan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
“Mengapa Phahrolrazi terus berani mencabar kepimpinan PAS? Awang melihat beliau tidak bersendirian kerana terdapat beberapa pemimpin kanan PAS dibelakangnya yang menggerakkan agenda luar parti.
“Selain itu, DAP dan PKR awal-awal lagi sudah mengikitiraf PasMa untuk meningkatkan tekanan ke atas PAS,” kata Awang.
Katanya, sebagai bukti, Guan Eng menyampaikan sumbangan tabung banjir Kelantan melalui PasMa dan bukannya terus kepada PAS pusat atau negeri.
“Awang kasihan kepada PAS kerana makin ramai jadi ‘duri dalam daging’ dalam parti tersebut. Sejauh mana PAS berani untuk mengambil tindakan ke atas PasMa dan membersihkan parti itu, sukar ditelah tetapi Awang tidak mahu ambil mudah Hadi,” kata Awang.

12 comments:

  1. Awang selamat dh pertahan hadi awe
    Pelik rasanya
    Tapi bila renung2 balik tak pelik rasanya pasal hadi awe kan UG
    UG kan penjilat tegar UMPORNO
    Hadi awe ni kemaruk nk jadi menteri
    Mamat ni la yg akan menghancurkan PAS seandainya mamat ni tak dinyahkan dari PAS dgn segera
    Percaya laa....

    ReplyDelete
  2. Tak kira siapa presiden PAS, selagi PAS bercakap pasal Islam dan Al-Quran sebagai rujukan selagi itu PAS akan dikecam dan dikutuk...kalau nak setaraf dgn PKR atau DAP letakkan Al-Quran dibelakang dan jgn dirujuk dan jgn lagi bercakap pasal Islam. Nescaya PAS akan disanjung. Lihat saja parti pemerintah BN sampai sekarang tak pernah jatuh sebab perlembagaan jadi rujukan...tapi kena ingat PAS ialah Parti Islam SeMalaysia. Kalau tak bercakap psl Islam itu bukan PAS itu adalah PASma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pil kuda tu pasal islam la yer abe?
      tindih calon pon pasal pertahan dan akhlaq islamiah lah juge yerr.
      jebon jebon org pon pasal ckp berlandaskan alquran yek.
      hehehe.haper2 lah.
      betol lah bat8 dok bebel sokmo....
      sikit2 bila poning kantoi mula laa lari nyorok belakang mimbar or mushaf alquran gergasi.
      tak pon bwh ketiak ulamak sedunia.
      Sedih.yg buruknya bkn tuan pelaku.tp islam yg dipandang serong dek kerana kelaku pepuak wala'la sgt konon.
      X sependapat jer mula lah aa'uuzubillahiminassyaitonirrojim.Qolaa Nabiyy wal fuqohaa...

      Delete
  3. Ini boleh dikategorikan sebagai komen dari sibangang yg cuba hendak membangangkan orang lain. BN tidak pernah jatuh kerana kerja penipuan bersamaa dgn SPR, ada faham! Jika SPR benar-benar telus dan BN tidak mengamalkan penyalahgunaan kuasa, dah lama BN ghuyub.

    ReplyDelete
  4. Telah lama benar tidak membaca tulisan anjing Umno ni, secara jelas ia bersifat batu api.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    semoga kita dijauhi dari tertipu oleh si "ter"tipu tentang agama..
    jalan kepada membina agama ialah agama juga..
    ianya begini-
    agama di atas jalan agama=agama..
    atau nak senang faham-
    quran/sunnah di atas jalan quran/sunnah=quran dan sunnah..
    nak membina quran dan sunnah jalannya bukan sistem demokrasi tau..( yg anda daftarkan parti anda lalu terikat dgn kemahuan demokrasi sekular tu sendiri tau..)
    atau lagi nak senang faham-
    - perahu jalannya ialah atas air inilah ke"perahu"an yg betul hehe..
    kalau perahu anda dayungkan atas jalan berturap sedangkan jalan air itu ada(sepertimana jalan quran dan sunnah sampai kiamat pun ada)..lepas tu anda backup sampai tercirit2 kata seolah2 soheh itu "jalan" yg benar utk semua duduk dlm perahu tu memang pening la semua org..(pening dlm x sedar)
    kita ambil 1 contoh dalam byk2 contoh..-
    dulu nabi Nuh "bina" agama hampir 1000 tahun,ianya berakhir dgn x di"kurnia"kan kuasa(pemerintahan)pun..("kurnia" itu bukanlah matlamat,maknanya bukan "kuasa" pun yg nabi Nuh kejar2kan)..
    malah nabi nuh a.s "x berjaya" kembalikan berjuta2 manusia kembali pada agama/tauhid,melainkan lebih kurang 80 orang je..tapi ada x riwayat mana2 tulis setelah puas membina agama tapi "x berjaya",akhirnya nabi Nuh cuba bawa agama kepada "jalan" yg lebih kreatif..contohnya buat lawak2 kelakar supaya remaja ketawa terbahak2 lalu berduyun2 akan kembali pada agama/tauhid?belum jumpa lagi riwayat mcm tu kan?apatah lagi nabi Nuh bawa agama kepada "jalan" sekular,iaitu "jalan" yg sama dgn pemerintah masa tu guna..?(kalau sekarang sistem demokrasi contohya)..
    setelah berusaha hampir 1000 tahun tanpa dikurniakan kuasa dan pengikut berjuta...adakah nabi Nuh berjaya dlm erti kata sebenar didalam agama@beragama?dan berjaya dlm erti kata sebenar disisi Tuhan?
    apa syarat sah@berjayanya agama seseorang didalam diri?
    kuasa pemerintahan dan jumlah pengikut bukanlah syarat sah@mercu tanda kepada berjaya@sahnya agama..(apetah lagi meraih kuasa di"jalan" sekular)..jgnlah kita mudah tertipu lalu menipu..
    yg nyata soheh ialah Nabi nuh a.s BERJAYA kekal utuh diatas "jalan"Nya..
    sila sama2 rujuk alfatehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6:55pm hanya menggunakan logik semata-mata, cuba hendak menilai kejayaan seseorang rasul. Jika dikembangkan corak logiknya itu persoalan ini juga mungkin ada dalam benaknya iaitu, adakah Nabi Muhammad s.a.w. boleh dikatakan berjaya dalam peperangan sebab pasukan baginda dibantu oleh malaikat? Na'uzubillahiminzalik.

      Delete

  6. dasat bleh baca benak org lalu hukum...nauzubillah..
    esok pagi hujan x?
    hehe

    ReplyDelete
  7. Anon 12:10am, adakah anda terlepas pandang perkataan 'mungkin' itu atau anda tidak faham apa yg dimaksudkan dengan perkataan 'mungkin' tersebut.

    Mengenai Na'uzubillahiminzalik itu pula, jelas sekali menunjukkan kecetekan anda memahami maksud ayat tersebut. Kasihan.

    ReplyDelete
  8. berkokok dgn "mungkin"?haha.

    ReplyDelete
  9. Kasihan anon 10:59am, bangang tegar rupanya.

    ReplyDelete
  10. kesian la kat diri sendiri tu dulu...sedih aku tengok
    hehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa