Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 18, 2015

Rupanya orang tua malang ini punyai anak.....

Kisah lelaki buta berjubah putih tarik perhatian
WARTAWAN SINAR HARIAN

KISAH seorang lelaki tua cacat penglihatan berjubah putih yang sedang makan nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman kini menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kisah berkenaan dipercayai telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial tersebut,  Syafiq Yazid J.

Syafiq memberitahu dia menitiskan air mata apabila mendengar respon lelaki tua itu selepas dia menyuapkan nasi ke mulutnya.

"Saya perhatikan makanan lelaki itu cuma nasi putih sahaja tidak ada lauk-lauk. Saya menawarkan diri untuk membeli hidangan yang lain. Tapi dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam.

"Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, "anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih. Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya"", ceritanya. 

Beliau turut memberitahu hasil daripada perbualannya, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Kisah yang dikongsi pada 10 Januari lalu mendapat perhatian pengguna Facebook dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati.

9 comments:

  1. Tak perlulah menceritakan kisah anak sendiri yang membawa konotasi atau pengertian yang buruk.


    Lagi buruk lagi ialah tukang penyebar khabar/Tukang Cerita. Pak Cik itu mungkin nak berkongsi hiba untuk dia dan Tukang Cerita sahaja. Tapi tukang cerita khabarkan berita ke seluruh dunia.
    Dah minta izin ke tak untuk sebar gambar dan minta izin tak untuk sebar cerita dari Pak Cik tu?

    Jika benar kelakuan anak buruk sekalipun perlu di ingatkan anak tersebut asalnya kain putih. Yang menjadikan anak-anak itu warna pink tompok indigo, hitam belang hijau ke apa ke atau merah punggung beruk ialah ibu-bapa - samada yang celik mahupun buta.

    Simpati amat tinggi kepada orang buta tetapi perlu objektif juga dan tidak mau terikut perasaan sangat apabila mendengar khabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu jumpa orang tua yang terlantar tidak perlu bersimpati kerana dia telah mewarnakan kain putihnya (merosakkan akhlak anakanaknya) menjadi kotor.

      saudara nampak seperti insan yang "selfish" serta berkecenderungan memikirkan perkara negatif terhadap sesuatu kejadian.

      tak petlu sakit hati jika si syafiq ini menyiarkan kisah beliau melayani orang tua yang buta itu. jika dia berniat iklas allah akan memberi gsnjaran. jika dia berniat mahu menunjuknunjuk akan kebaikan yg dilakukan beliau tidak mendapat pahala. biarlah allah yg menentukan. saudara tak perlul sinis sebab saudara tidak mampu menyelami hati insan lain.....

      Delete
    2. kau ni nabi atau malaikat....mandai je menuduh orang tua yang buta otu tidak pandai mendidik anak dan sebagainya....ada ilmu kasyaf wali wali allah ke woit......ke pengikut wali band

      Delete
  2. Kisah yg disampaikan membawa pengajaran pd yg lain. Bagi anak/anak2 yg lain kesemuanya hendaklah menyantuni ibu & bapa masing2 walau apapun kekurangan yg ada pd mereka, sama ada miskin, cacat, tidak waras, bekas banduan dsb mahupun kurang memberi layanan kpd anda dulu. Tanpa mereka, anda tidak wujud dialam ini.

    ReplyDelete
  3. Orang Orang tua jadi hina terabai adalah akibat mengabai tanggungjawab masa muda kuat dulu.

    Ini standard.

    Rata rata Melayu banyak macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm isu ini, bukankah lelaki itu cacat penglihatan jadi bagaimana dia boleh berupaya memenuhi segala tanggungjawap sebagai manusia yg sempurna? Mungkin ada sel-sel otak anda yg belum bersambung nampaknya.

      Delete
  4. Kerajaan hendaklah ada rumah tumpangan untuk golongan sedemikian. Orang ramai atau orang perseorangan yg terserempak insya/Allah boleh membantu tapi sekadar itu dan seketika itu saja. Masaalah tetap tak selesai. Baitul mal negeri-negeripun buatlah juga

    ReplyDelete
  5. tak bole kata begitu. Kitaran hidup adakalanya begitu dimana golongan yang tidak berada sukar untuk memberikn kelebihan kepada anak-anaknya yang terperangkap sama dalam kehidupan yang penuh daif. Ini dapat dilihat byk kes yang mana berada, kroninyapun Berjaya. Kalau bapa nya YB, anaknya pun YB. Begitulah dalam penjawatan, senang dia masukkan anaknya sebab ada kuasa. Cakap itu agak-agak bro.

    ReplyDelete
  6. Yang berhati mulia dan nak tolong, tolonglah dia. Sebaiknya carikan dia tempat berlindung yang selamat. Carikan punca beliau mendapatkan rezeki berterusan saperti bantuan tetap dari berbagai punca yang anda ketahui. Itulah sebaik baik pertolongan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa