Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 16, 2015

'Rahsia besar' Pulak Dah!

Harap Najib jangan kelentong hidup-hidup sudahlah..!

Zahid: Bantuan Paul Phua 'rahsia besar'
mk - 11:00AM - 15 Jan 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara”.

“(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Selanjutnya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah seperti yang didakwa.

"Pihak kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan oleh mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkait rapat dengan sebarang organisasi jenayah," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu melibatkan perkara kerajaan kepada kerajaan (G2G), Zahid hanya menjawab “tidak”.

6 comments:

  1. Cakap berbelit belit macam keling! Surat pengesahan tu...bukankah satu bentuk sokongan secara indirect kepada malaun Phua? Maklumat risikan polis Malaysia kepada FBI lain...yang Mat Zahid ni pulak tulis cerita lain.. bila terdesak mulalah guna akta rahsia rasmi kononya bantuan itu adalah Rahsia Besar! Tertanya2 jugak..Rahsia Besar atau Habuan Besar ?sampai tulis surat secara personal direct pada FBI?.. Malaysia ni memanglah negara "Endless Posibilities"!!

    ReplyDelete
  2. Alahai, bila lah nak LINGKUP????? Rakyat pun dah menyampah sesangat.

    ReplyDelete
  3. Hasil judi yg disumbangkan oleh tauke judi kpd mana2 pemimpin juga adalah rahsia besar, rakyat tidak harus tahu.

    ReplyDelete
  4. Apalak nak tulis surat ke amerika utk jelaskan situasi cino tu ada apo2 ko?

    ReplyDelete
  5. Abe.
    kalu kiro hot dkt umngok neh memang dah terkawal.
    tp x elok marah2 sokmo.bahaya.takut terkena penyakit.
    so ambo hehehehe keh keh hahaha ajer.
    anggap sbgai lawak n terapi.
    bicara hal puak2 neh memang lawak gaban.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa