Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 10, 2015

1MDB adalah sebuah entiti yang kebal?

SELEPAS TITAH RAJA2, KEADAAN SEPATUTNYA JADI LEBIH BAIK
Saturday, 10 October 2015

Perbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.

Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara.

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.

Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Walaupun Peguam Negara pantas mengeluarkan kenyataan sebagai respon kepada titah Raja-Raja dengan menghujahkan sebab-sebab tiada sebarang pendakwaan berkaitan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, ia nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Sebagai tindak balas, di sebalik mengakui tugas pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, Bank Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan yang siasatannya mendapati 1MDB telah membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran melabur di luar negara.

Bank Negara lalu mencadangkan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Berikutan cadangan itu ditolak, Bank Negara telah meminta Peguam Negara mengkajinya sekali lagi, namun ia juga ditolak atas hujah tiada pembuktian baru dikemukakan.

Susulannya, Bank Negara membuat keputusan membatalkan tiga kebenaran yang diberikannya sebelum ini kepada 1MDB untuk pelaburan berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara dan menghantar  balik wang tersebut serta mengemukakan pelan baginya.

Dengan kenyataan ini, orangramai akhirnya tahu Bank Negara telah menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya serta menunjukkan apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh 1MDB.

Soalnya, dengan semua ini sudah terdedah dah wujud berbalas-balas kenyataan yang secara tidak langsung menggambarkan rasa tidak puas hati Bank Negara,  mungkinkan Peguam Negara sedia mengkaji semula keputusannya sebelum ini atau mengekalkan keputusan lama yang bermakna mengekalkan juga kebimbangan orangramai terhadap siasatan 1MDB meskipun setelah Raja-Raja bersuara?

Selain itu, selepas Raja-Raja bersuara yang mahukan siasatan 1MDB disegerakan dan mereka yang terlibat diambil tindakan, seorang lagi iaitu Mathias Chang telah ditahan di bawah Sosma.

Beliau adalah peguam Khairuddin Abu Hassan yang sudah pun ditahan di bawah Sosma selama 28 hari sebelum ini. Mathias ditahan ketika melawat Khairuddin di Balai Polis Dang Wangi.

Apakah kerajaan sebenarnya menyambut baik saranan Majlis Raja-Raja apabila masih menahan seseorang yang bersikap lantang terharap 1MDB dibawah Sosma?

Tidakkah sepatutnya, apabila Raja-Raja sudah bersuara, tumpuan harus diutamakan kepada menyelesaikan siasatan 1MDB dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dan bukannya terus menangkap mereka yang membuat laporan mengenai syarikat itu?

Di sebalik tangkapan Mathias itu pula, Najib sebagai ketua kerajaan masih terus berdiam diri daripada memberi reaksinya yang sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai sikapnya terhadap titah Raja-Raja itu.

Apakah penahanan berterusan di bawah Sosma ini juga mengesahkan kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan adanya tangan ghaib di sebalik siasatan sambil menyatakan kebimbangannya  seolah-olah 1MDB adalah sebuah entiti yang kebal?

Dalam rentetan yang terus membimbangkan ini, apakah mungkin atau perlu Raja-Raja bertitah sekali lagi selepas ini? (SH 10/10/2015)

2 comments:

  1. Kalau dah hidup dah macam anjing barua (Peguam Negara) dan dilantik pula oleh individu yang korupsi (Najib Razak), macam mana pula anjing nak salak tuannya yang memecah masuk rumah orang?

    Jangan nak haraplah wujudnya keadilan selagi semua penguasa dan badan-badan penegak keadilan di bawah kuasa dan perintah Perdana Menteri. Tunggu sampai harimau bertandukpun tak akan wujud keadilan di negara ini, kecuali Najib dan Rosmah dipanah petir atau kapalterbang yang dinaiki mereka jatuh terhempas, maka barulah boleh berubah sedikit keadaan, itupun kalau jawatan PM tidak diambil alih oleh Zahid Komedi (sama sahaja perangai atau lebih teruk).

    ReplyDelete
  2. "Tiada bukti baru di kemukakan"bermakna yg pertama itu tetap bukti...Jadi apa yg menghalang pendakwaan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa