Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Play safe: Sampai bila Kuli nak jadi 'kuli'?

Watak inikah yang rakyat harapkan jadi PM?
Dah jadi bapok tua daa......

Ku Li tidak terlibat guling Najib
therakyatpost : PUBLISHED: Oct 19, 2015 03:51pm

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan bahawa beliau akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika perkara itu berlaku. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KUALA LUMPUR, 19 Oktober:

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan bahawa beliau akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika perkara itu berlaku.
Beliau berkata beliau tidak terlibat dalam usul itu.
“Saya tidak terlibat dalam hal ini. Mari kita dengar apa yang mereka katakan dan lakukan, saya tidak ada peranan dalam perkara ini.
“Jika undi tidak percaya tidak berfungsi, saya pasti mereka akan memikirkan sesuatu yang lain,” katanya ketika ditemui di perkarangan Parlimen, di sini hari ini.
Katanya, beliau bukan sebahagian daripada kumpulan yang mahu menggulingkan Najib.
“Saya tidak tahu apa-apa.
“Saya tidak terlibat dalam rancangan mereka. Saya tidak fikir usul itu adalah mustahil untuk lulus tetapi itu tidak penting bagi saya kerana saya ada perkara lain yang perlu difikirkan seperti Bajet 2016,” ujarnya.
Beliau berkata adalah perkara biasa bagi perbezaan pandangan mengenai usul tersebut.
“Ini adalah biasa, pembangkang tidak akan bersetuju dengan kerajaan dan sebaliknya,” jelasnya.
Apabila ditanya mengenai hasrat peribadinya untuk Bajet 2016, Ku Li berkata “kita tunggu kerana ia adalah sangat sukar untuk dijelaskan sekarang.”

5 comments:

  1. Assalamualaikum,tuan boleh linkan blog saya kedalam bloglist blog tuan,ini blog saya http://gengmediaa.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Takut kena buang ka Tengku. Takut jadi mcm TS Muhyiddin ka. Apa2 pun syabas TS Muhyiddin kerana berani berkata benar. Dan menyahut seruan rakyat

    ReplyDelete
  3. Org Johor berani berdepan

    ReplyDelete
  4. http://harrissabri.weebly.com/

    Kalau ada yang nak dapatkan quotation AIA takaful boleh tengok kat page saya.
    hehe terima kasih

    ReplyDelete
  5. Sudah Bahalol terlalu lama hidup kaya ber gaya mentedarah harta Rakyat

    Biasa lah!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa