Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 6, 2015

Akta Pemberi Maklumat disandiwarakan?

M’sia tak boleh benarkan Akta Pemberi Maklumat jadi sandiwara
09:30PM Okt 05 2015
oleh Christopher Fernandez

SEKILAS PANDANG:   Udara dan persekitaran terasa menekan dan putus harap yang tergantung seperti langit mendung menyuramkan negara ini ketika lebih ramai rakyat Malaysia bertambah risau dan bimbang tentang negara yang menjadi sehina anjing dan mereka yang mahukan perubahan berlaku pula lagaknya seperti anjing menyalak bukit.
Cuba suarakan atau dengan sopan menawarkan pendapat berbeza di negara ini dan lihat bagaimana kerajaan BN mengendalikannya sehingga sampai ke tahap menjadikan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak lebih sekadar sandiwara.
Wujud kisah di masa lepas di mana mereka yang mendedahkan rasuah dan salah laku yang berlaku- tidak menerima perlindungan kerana cukup berani untuk tampil ke hadapan dan memberikan maklumat- akhirnya mereka pula menerima hukuman.
Inilah kes Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan untuk siasatan kerana memberikan dokumen kepada pejabat peguam negara Switzerland di atas kekecohan hutang RM42 bilion 1MDB.
Khairuddin ialah seorang pemberi maklumat yang menemui sesuatu yang mencurigakan. Tetapi berbanding pergi kepada polis Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dia membawa kisah yang diketahuinya kepada pihak berkuasa Swiss walaupun mengetahui yang dia akan ditangkap kerana bertindak mencabar kedaulatan negara ini.
Tetapi mengapakah dia sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah badan berkuasa bebas bagi menyiasat perkara itu? Adakah dia tidak mempercayai polis tempatan kita atau SKMM atau badan penghakiman Malaysia bagi menjalankan siasatan secara adil dan berkecuali tanpa mengira kedudukan orang dalam negara yang perlu disiasat?
Hakikatnya semakin jelas yang semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan kepada institusi kerajaan yang sepatutnya menjunjung undang-undang dan keadilan di negara ini. Khairuddin, walaupun mengetahui risiko yang dihadapinya, memutuskan yang satu-satunya cara untuk keadilan ditegakkan ialah pergi mendapatkan bantuan pihak berkuasa Swiss.
Kerana itulah Khairuddin kini sedang merengkok dalam penjara selaku pemberi maklumat selama 28 hari menunggu siasatan di bawah akta keselamatan yang baru- Akta Pencegahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012 atau Sosma.
Sosma, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, menafikan hak untuk keperluan mendapatkan reman tangkap dari seorang hakim.
Sosma membolehkan penangkapan dan penahanan mana-mana orang hanya berdasarkan syak wasangka pegawai polis bahawa mereka terlibat dalam kesalahan yang mengancam keselamatan- yang di definisikan sebagai satu kesalahan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan- yang mana merupakan satu penghalang kepada pemberi maklumat untuk bertindak dan satu lagi undang-undang menekan di negara ini.
Tetapi mengapa menahan Khairuddin kerana memilih kepada siapa dia mahu mendedahkan maklumat yang dia ada, jelas sekali kerana dia tahu bahawa hanya sia-sia untuk mengharapkan pihak berkuasa dalam negara untuk melakukan siasatan dan pertanyaan yang terbuka dan telus.
Kerana inilah institusi perundangan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis kewibawaan yang sangat teruk dan lebih ramai rakyat Malaysia mula menyuarkan ketidakpuasan hati mereka dan membawa salah laku dan rasuah dalam negara kepada masyarakat antarabangsa dalam tindakan terdesak untuk meminta pertolongan menegakkan keadilan di Malaysia.

4 comments:

  1. Boleh pakai ke ????

    Bila semua boleh Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    Semua nya tak boleh pakai bah....

    ReplyDelete
  2. Zaman Najib menjadi PM adalah zaman korupsi ala zionis. Macam mana di negara yang penduduknya majoriti Islam dan mampunyai raja paling ramai di dunia maka rakyat boleh dizalimi dan ditekan begitu teruk dan terlalu hina?

    Kebodohan Melayu di negara ini menyebabkan mereka tidak layak untuk hidup selesa malah tidak layak menganut agama Islam sekalipun (Islam mengajar dan menganjurkan penganutnya supaya adil dan bijaksana).

    ReplyDelete
  3. Encik Anon 7.12PM itulah realitinya. Walaupun ada pihak cuba dan telah menidakkannya itulah kebenaran yang mesti ditelan oleh orang Melayu. Amat benar sekali, umat Melayu memang tidak layak hidup selesa bahkan mereka dengan sendirinya berkelakuan sedemikian rupa sehinggakan mereka juga tidak layak memiliki tanah dinegara sendiri. Kebodohan mereka memang teserlah, memang memancar untuk dilihat oleh umat lain diseluruh dunia. Orang-orang Melayu memegang semua jawatan utama dalam negara namun mereka tertinggal dalam perkara-perkara berfaedah dan menjadi juara dalam perkara-perkara dkeji seperti rasuah, penagihan dadahm dan buang anak!!. Bukankah ini kerana mereka khianat, malas, suka berpoya dan berhibur, tidak patuh kepada ugama sendiri (disuruh buat baik, rajin dalam perkara positif,amanah dan cari ilmu)dan tamak kepada harta dunia!! Bunga-bunganya jelas kelihatan, orang Melayu akan terus hanyut dan hanyut kerana kebodohan mereka sendiri!!!

    ReplyDelete
  4. Bukan setakat majoriti penduduk Islam.dan negara kecil 30 juta penduduk dengan 9 raja + 1 Yang Di Pertuan Agong, malahan ada 14 mufti. Setiap negeri satu mufti. Amat unik dan anih. Kenapa tidak ada azam dan kekuatan untuk menyuarakan teguran dan nasihat ke atas pemerintah yang menzalimi rakyat? Adakah cukup sekadar "benci dalam hati " sahaja? Bagaimana dengan gaji lumayan yang sekian lama diperolehi setiap bulan? Berpadan dan berbaloikah dengan tuntutan Allah?


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa