Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 7, 2015

Kenyataan yang membuat tocang PAS menegak......

Walau apa pun mungkin apa yang Tan Chua katakan itu ada betulnya........

PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas

 | October 7, 2015
PKR Bertanding di kawasan majoriti Melayu dan undi orang Melayu menjadi penentu pertukaran kerajaan memerintah.
Tian-Chua-,pas-pkr
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.
Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas.
Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.
Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.
“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.
Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.
FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan.

13 comments:

  1. Tian chua..rakyat sokong bkn kerana parti tp kerana namanya PR..xkn xleh pikir kut..rakyat tahu nk menilai mana parti yg khianat..biarkn pas dgn labu2nya..

    ReplyDelete
  2. Kalau menang sekalipun apabila PKR bergabung dengan PAS hasilnya seperti di Selangor. Pengkhianatan secara terang-terangan oleh Hadi Awang dan puak-puak serban yang beragama Melayu adalah lebih buruk dari yang kita sangka.

    Sokongan padu pengundi atas pagar (90%) terhadap PAS adalah kerana kebijaksanaan dan kredibiliti golongan progresif atau liberal dalam PAS (yang keluar PAS dan tubuh Amanah) semasa itu. Tapi sekarang mereka sudah tiada dan keluar meninggalkan parti yang dipimpin oleh pemimpin ponteng parlimen dan flip flop serta kuat memaki hamun serta mudah menjatuhkan hukum terhadap ahli.

    Tian Chua adalah seorang pemimpin dan pejuang yang baik tapi bukan seorang politikal yang bijak dan berpandangan jauh. Kebolehan beliau hanya "mengigit polis" dan berdemontrasi. Mereka ini sinonimnya hanya "lintah paya" yang sedang selesa menghisap darah kerbau di negeri Selangor sahaja.

    ReplyDelete
  3. Tian Chua tak dapat nak bezakan antara Parti dan Rakyat. Dia ingat PAS mewakili org melayu Islam. Dia perlu lihat keputusan 3 penjuru di Sg Acheh dan Kota Damansara.

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi PKR kahwin dengan PAS, tobat aku tak undi pakatan.....PAS tu parti GILABABI....

    ReplyDelete
  5. PKR terkedua tak dapat bau kentut PAS....ketagih nak hidu kentut PAS ker Tian Chua, Azmin ?

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. puak liberal progesif dah berbunyi.. cubalah fikir.. mana org melayu maunya pd DAP.. yg pi jd amah DAP tu wat pe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada jadi walaun PAS yg seperti gila talak... bior ler

      Delete
  7. Kalau tak suka Pakatan Harapan saya syorkan PKR keluar sahaja dari gabungan ini.... menyusahkan sahaja.

    ReplyDelete
  8. insha allah...DAP akn membimbing Pakatan Harapan menuju jalan yang diredoi Allah hihihi

    ReplyDelete
  9. oi tian cua kau nk mampos kau mampos sorang2

    ReplyDelete

  10. Saya duduk di Rawang dan menjadi pengundi Parlimen Batu. Wht? Why? Why? Kerana Pakatan Rakyat. Jika pemimpin PKR bangang dan tak reti nak rasa denyut dan nadi kemahauan rakyat yg mahukan Pakatan Harapan dan tak sukakan PAS atas sebab yg semua orang tahu....tungulah kami nyah kan semuan pemimpin PKR dalam nest pilihanraya nanti...buka sikit mata to bro.

    ReplyDelete
  11. Kah kah kah ........ macai dan balaci Dap tak dapat terima kenyataan ..... depa perasan depa bijak berpolitik ...... tp hakikatnya politik penuh emosi dan balas dendam @ tak berpandangan jauh serta bodoh piang !

    ReplyDelete
  12. Apa dia ingat orang melayu hanya sokong UMNO atau PAS sahajakah? PAS sudah rosak dan punah ranah hasil kerja Hadi Awang dan para walaunnya, maka jangan dibawa masuk ke dalam Pakatan Harapan. Perlu diingat juga, pengundi di Sabah dan Sarawak sana, mereka ini mampu memberi pukulan KO pada BN, jika PKR dan DAP dapat membocorkan tabung tetap BN itu selama ini. Hendak diharapkan pada PAS, PAS sudah tidak boleh dipercayai lagi pasca tiadanya TGNA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa