Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 17, 2015

Kesiaan: Batu yang dibaling melantun ke hidung sendiri

Pertembungan antara yang dungu dengan yang lincah nampaknya.......

Ku Nan ‘bantu’ jelaskan mengapa saya tinggalkan Umno, kata Saifuddin 
OLEH EILEEN NG
Published: 16 October 2015 8:18 PM
Datuk Saifuddin Abdullah percaya jika Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno lain menggunakan hujah sedemikian, lebih ramai yang akan memahami mengapa beliau meninggalkan parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Oktober, 2015. 

Datuk Saifuddin Abdullah membidas kembali kenyataan "sampah" Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan kenyataan ekstrem sedemikian menyebabkan ramai pemimpin meninggalkan parti Melayu itu.
"Saya percaya jika beliau dan pemimpin Umno lain menggunakan hujah sedemikian, lebih ramai yang akan memahami mengapa saya meninggalkan Umno.
"Jadi, sebenarnya, Tengku Adnan membantu saya. Secara tidak langsung, beliau menjelaskan mengapa saya meninggalkan Umno," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.
Sebaik sahaja Saifuddin menyertai PKR, Tengku Adnan menyifatkan bekas ahli Parlimen Temerloh itu tidak memberi kesan kepada Umno memandangkan beliau kalah  di Temerloh pada pilihan raya lepas.
Tengku Adnan turut mengatakan PKR dialu-alukan menerima pemimpin Umno yang bermasalah itu.
"Saifuddin sudah bersama Umno dan jadi ahli Parlimen Temerloh. Kami letakkan dia bertanding dan dia gagal menang. Beliau mesti mempunyai masalah.
"Umno tidak terkesan tindakan beliau (Saifuddin) tinggalkan parti. Moga Tuhan rahmati beliau dan PKR," sindir Tengku Adnan.
Saifuddin bagaimanapun tidak terkejut dengan tindakan Tengku Adnan memberi reaksi sedemikian rupa selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR.
Saifuddin turut memberitahu reaksi cybertroopers Umno dengan pantas menafikan berita kemasukan beliau dan berkata PKR berbohong.
"Saya rasa itu tindakan terdesak cybertroopers sebagai benteng pertahanan pertama mereka hanya mencari kesalahan," katanya.
Ada juga katanya reaksi positif ahli Umno yang memberikan galakan memahami tindakan beliau keluar parti.
Saifuddin juga menyedari apabila dilabel hipokrit dan membangkitkan posting beliau di Twitter pada 2012 yang berkata tidak meninggalkan Umno malah menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun katanya, selepas apa yang berlaku beliau menimbangkan meninggalkan Umno.
Saifuddin mengulangi pendiriannya Putrajaya dan Umno gagal menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6bilion dalam akaun peribadi Najib. – 16 Oktober, 2015.

7 comments:




  1. Saifuddin nih bekas pelajar MCKK

    Klu tak silap aku dia pernah mnjd PENDEBAT terbaik Sekolah2 M'sia

    Aku tak tau kat mana Ku Nan Sekolah?

    Tapi ada sorang Menteri tu dari sekolah Izuddin Shah kat Ipoh tuu jer..

    ReplyDelete
  2. TONGKU itu sendiri SAMPAH

    Saifuddin ini Bijak Orang nya ada raut raut Rafizi.

    Bukan jenis Bahalol macam Mat Bahalol dan Kawanan nya

    Tahniah PKR !!!!!!

    ReplyDelete
  3. KANCIL lalu highway SILK kena bayar tol rm1.80 iaitu kenaikan rm0.80. MOTOR BESAR berdesup sampai bergegar KANCIL, lalu highway SILK tanpa perlu bayar sesen pun........

    ReplyDelete
  4. Ali rustam kalah - dia mesti ada masalah
    Ghani osman kalah - dia mesti ada masalah
    Puad zakarsih kalah - dia mesti ada masalah
    Adoii, panjangnya senarai orang yang kalah - mereka mesti ada masalah

    ReplyDelete
  5. Saifuddin ni sungguhpun nampak senyap aje tapi, classy with iron balls!!

    ReplyDelete
  6. Tadi selesai tonton 4 bhg video berikut:

    1. https://www.youtube.com/watch?v=6bBTHLlA9kM
    2. https://www.youtube.com/watch?v=-JJaZsUqi0I
    3. https://www.youtube.com/watch?v=2STgYrmqmXE
    4. https://www.youtube.com/watch?v=r0OtJYzu-Vg

    dimana Datuk Saifuddin Abdullah adalah salah seorang panelisnya, memang terserlah kebijakannya. Sebab itulah Kunan amat ketara tidak dapat menahan diri mempamerkan betapa irinya dia terhadap Datuk Saifuddin Abdullah. Dalam masa yang sama, menunjukkan kebodohannya juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa