Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 11, 2015

Kurang bijak dan kejahilan tiada ubatnya: Kesilapan seorang pemimpin yang gentleman cuba merubah!

TMJ 'mengaku silap'
Jika sebelum ini beliau cuba untuk membaiki kelemahan bola sepak negara dan FAM,
namun akhirnya Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengundurkan diri dan mengakui apa yang diperjuangkan itu satu kesilapan.
Bagaimanapun, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) itu tidak menyesali apa yang dilakukan termasuk mendedahkan hak pasukan-pasukan dibolot FAM.
Dalam satu kenyataan hari ini, TMJ menjelaskan di negara maju 90 hingga 95 peratus hasil penyiaran disalurkan kepada pasukan yang bertanding tetapi jauh bezanya di Malaysia apabila pihak yang terlibat hanya menerima 22 peratus saja.
"Saya hanya memperjuangkan hak setiap pasukan. Sesebuah pasukan perlu membayar gaji pemain dan staf, pengangkutan, penginapan, infrastruktur dan kita hanya menerima RM1 juta. "Sedangkan FAM pula menerima RM50 juta dan itu saya tidak bersetuju.
"Tidak mengapalah. Saya hanya ingin membantu, bola sepak bukan periuk nasi saya," katanya.
Sekarang sedar pesan ayahanda
Menurut beliau, gambaran sebenar serta keutamaan itu disedarinya selepas meneliti maklum balas daripada FAM sebagai badan induk bola sepak negara, pasukan-pasukan lain dan sesetengah penyokong bola sepak Malaysia.
"Saya telah melakukan kesilapan apabila cuba mendidik mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak seperti persatuan-persatuan negeri, kelab dan penyokong dan saya mengakui kesilapan saya.
"Sekarang saya sedar mengapa ayahanda saya pernah berpesan: Kurang bijak dan kejahilan tiada ubatnya.
"Niat saya hanyalah untuk memartabatkan bola sepak Malaysia dengan memerangi korupsi namun amat mendukacitakan, korupsi seolah-olah sudah menjadi budaya di negara ini," katanya yang melihat sesetengah orang amat tamakkan duit dan tidak menghiraukan pembangunan bola sepak.
Sehubungan itu, Tunku Ismail mengambil keputusan untuk "membuat hal sendiri" dan membatalkan mesyuarat dengan pihak FAM ataupun kelab lain yang dirancang sebelum ini.
Sambil memohon maaf kepada warga JDT, Tunku Ismail menyifatkan beliau hanya cuba menyelamatkan perkara yang tidak boleh diselamatkan.
"Sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ini. Alhamdullillah sekarang saya mempunyai peluang dan masa untuk lebih fokus kepada JDT," katanya.
Sementara itu, beliau sekali lagi menyeru FAM supaya mengagihkan hasil penyiaran JDT kepada pasukan-pasukan yang menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk musim hadapan, atau kepada pasukan-pasukan yang baru layak ke Liga Super.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada penyokong JDT bahawa JDT akan mengembangkan belanjawan kelab kepada RM150 juta hingga RM200 juta menjelang musim 2017/2018," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa