Rakyat tolak kenyataan menteri
Ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat
PETALING JAYA: Masyarakat didakwa sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia susulan kenyataan Mustapa yang memaklumkan bahawa TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.
Portal Ismaweb melaporkan, di laman sosial Faceboook, ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan.
“Orang dah tak percaya dah, junjung Al-Quran pun belum tentu orang percaya,” kata pemilik akaun bernama Kamaruzaman Man.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Al Bakari menyifatkan kenyataan Mustapa sama seperti janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Permulaan bolehlah cakap. Tengok GST, kata harga barang akan turun apabila laksana, semua barang naik,” katanya.Abah Jaafar pula berkata, Malaysia tidak akan papa kedana sekiranya tidak menyertai TPPA.
Mustapa pada Majlis Sesi Penjelasan Tentang TPPA anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini berkata, kerajaan akan terus memastikan agenda Bumiputera dan hak kerajaan tidak terjejas sekiranya TPPA ditandatangani.
TOKPA dah dijadikan kambing hitam.. Pak Jib dah serahkan tugas untuk menipu rakyat dalam isu TPPA ni pada TOKPA..
ReplyDeleteJadi, tipulah semampu mungkin asal periuk nasi terjaga..
Aduss
Kesian
ReplyDeleteDah KIOK banyak nak jawab ke Juta Juta Rakyat nanti
Moga moga dapat Hidayah
kalau tidak menjadi nanti, boleh tidak orang yang memberi jaminan ini dipertanggungjawabkan...???
ReplyDelete