Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 18, 2015

Pelik sungguh: Ape bendenya pulak nih?

Puak mana pulak main kotor nih?
Takkan PAS. PASkan semuanya warak dan alim?
Mereka tak kacau orang, mereka tak fitnah dan tuduh orang
Mereka tak bakar kereta orang dan tak bakar pejabat

Atau saja sabo dari dalam?

KENYATAAN MEDIA

GODAM NOMBOR TELEFON, TAKTIK KOTOR CUBA SEKAT KEMARAAN AMANAH

www.amanahnegara.org

1. Saya menerima beberapa laporan berkenaan dengan nombor telefon beberapa orang setiausaha AMANAH di peringkat negeri yang telah digodam dan digunakan untuk menghantar mesej palsu berkait keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu.

2. Setakat ini, ia melibatkan nombor telefon setiausaha AMANAH Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan. Kesemua mereka hanya mengetahui hal ini selepas mendapat mesej balas dari penerima yang menghubungi mereka.

3. Bagi pihak Parti Amanah Negara, saya ingin menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang telah menggunakan taktik politik kotor. Kami tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ini sebagai cubaan mengganggu dan menyekat gelombang penyertaan rakyat ke dalam parti AMANAH yang semakin pesat waktu ini khususnya di peringkat kawasan.

4. Kes sebegini bukan pertama kali berlaku. Sebagai sebuah parti baharu, kami sedar akan risiko yang terpaksa dihadapi dalam usaha memposisikan parti AMANAH di persada politik tanah air.

5. Saya ingin menegaskan bahawa, walau apa cara sekalipun digunakan untuk menyekat usaha kami, ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat para petugas parti AMANAH untuk terus mendampingi rakyat.

6. Kepada ahli dan orang ramai, khususnya penerima mesej palsu itu, saya mengharapkan anda bersabar dan tidak mudah keliru dengan permainan politik jijik ini.

7. Pasukan teknikal AMANAH sedang menyiasat kes ini dan mereka yang nombornya terlibat digodam, dinasihatkan membuat laporan polis.

"Harapan Baru"
"Islam, Rahmat Untuk Semua"

HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha
Parti Amanah Negara
18 Oktober 2015

6 comments:

  1. Sya x tuduh.
    Cuma manusia nih, klu dah marah dan dendam sgt, yg mustahil pun dia sanggup buat. Apatah lagi bila kepentingan diri digugat.

    ReplyDelete
  2. Kesian pan.. dah x de cara lain ke nak tarik simpati..

    ReplyDelete
  3. Dulu pun ada bebwrapa peminpin pas kata telefon kena godam dan salahkan umno, dah takfe cara lain ke nak simpatibwan rosli.....

    ReplyDelete
  4. Adakah kita pasti dgn menuduh tanpa bukti. Tapi saudara SU Amanah pun apa kurangnya yg telah dia buat di kawasan USJ sblm muktamar dulu. Itu ada bukti. Jadi berhati2 juga dgn helah utk meraih simpati ni.

    ReplyDelete
  5. Inilah cara PAN tekan butang panik dgn sambutan H60K anjuran PAS. Nnt baru sedar siapa yg meraka angkat jd pemimpin PAN itu akhlaknya.

    ReplyDelete
  6. Apasal henpon aku bila aku hempas tak mau pecah? Cilake betoi... puuih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa