Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 15, 2015

Saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.

Dr MAZA

6 comments:

  1. sepatutnya maza ni buat parti yang betoi macam dia nak
    kan dia ni hebat tak kanlah tak da pengikut

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul .. salah sorang menghuru hara kan pemikiran rakyat muslim malaysia ... hu hu hu

    ReplyDelete
  3. cucu tok dolah ceroiOctober 15, 2015 at 8:18 PM

    woi maza wahabi tegar,kau nak tegur si hadi tu kau punya pasal tapi yg kau pi kait2kan pas mcm iran apa kena dgn kau ni......klu kau tu wahabi tu kau punya hal le....tapi apa ada bkena mengena dgn khomeinie dan iran pulak...kau nak bandingkan si hadi dgn khomeinie tu...mcm langit dgn bumi....kau barua wahabi alsaud wahabi musibat yg keturunan dari yahudi yg di usir oleh rasulullah dari yathrib dulu,kini mereka saud2 tu telah berjaya kembali kebumi hijaz dan merampas dua tanah suci umat islam....kau nak jadi barua...kau pi le kat saudi tu,jgn menyibuk nak wahabikan org2 sunnah kat malysia ni.....sudah le tu...org kampong dah npun tahu kau tu sape

    ReplyDelete
  4. Aku rasa lebih ramai pengikut mat sabu dr pengikut dia ni.huha huha jgn marah ha tuan bloq nanti cepat tua dah la dah tua juga dah

    ReplyDelete
  5. org pas pantang dikritik. maksum habis

    ReplyDelete
  6. Aku pun nak tibai Dr Maza cuma berbeza lenggok dari pengkomen lain. Ini first time aku taruk sama dia dan never before!

    Buat buang masa sahaja Dr Maza mengandaikan PAS dapat memerintah Malaysia ni. Pasca pemergian TGNA, untuk mengandaikan PAS akan memerintah Malaysia adalah sangat mustahil sifatnya. Alangkan Terengganu dan Kedah pun boleh terlepas dan tidak berapa lama lagi Kelantan juga turut ghuyub, ini nak sembang PAS dapat memerintah Malaysia, pigidah!
    Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa