Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

Terima kasih Ros

Terima kasih Ros, Parti Amanah Negara kini sah bergerak sebagai parti politik – Mohd Anuar Tahir
TMI - Published: 3 October 2015 12:18 PM

1. Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan (Ros), khususnya Ketua Pengarah Datuk Mohammad Razin Abdullah, atas kelulusan penggunaan nama Parti Amanah Negara.
2. Dengan pengumuman beliau kepada media semalam, maka sah Parti Amanah Negara kini adalah sebuah parti politik berdaftar dan boleh memainkan peranannya selaras dengan hak yang diperuntukkan perlembagaan, seperti parti-parti politik lain.
3. Sejak dari awal, Ros memberi kerjasama sangat baik kepada kami dan kami juga sangat menghormati sikap profesional yang ditunjukkan mereka.
4. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia, di atas pengorbanan dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami sehingga penubuhan Parti Amanah Negara akhirnya dapat direalisasikan.
5. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada semua pihak yang menyumbang apa sahaja dalam usaha menjayakan kewujudan parti ini.
6. Tidak ketinggalan juga, kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada parti politik, NGOs dan individu prihatin, yang memberi sokongan dan dorongan berterusan kepada kami sejak daripada awal sehinggalah parti ini diluluskan.
7. Akhir sekali, mewakili Parti Amanah Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama kami melakar politik Malaysia baharu dengan pendekatan inklusif dan progresif menerjemahkan "Islam rahmat untuk semua". – 3 Oktober, 2015.
* Penulis adalah Setiausaha Agung Parti Amanah Negara

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa