Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 16, 2016

Akibat ciptaan skrip yang tidak menjadi........

Tuesday, 16 February 2016
CERITA RM2,600 JUTA YANG TERUS BERBEZA-BEZA
Lupakan seketika pelbagai versi yang berbeza-beza mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak yang pernah kita dengar dan baca beberapa waktu sebelum ini yang antaranya dikatakan untuk UMNO menang pilihanraya, memerangi keganasan,  menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, melawan DAP dan entah apa-apa yang lain lagi.

Ini pula cerita yang agak baru, setelah nama Najib Razak dibersihkan oleh Peguam Negara, tapi nampaknya versi mengenai wang tersebut masih juga berbeza-beza lagi.

Cerita 1
Dalam temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata, derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah "suatu jumlah yang besar"  untuk menghadapi satu pilihanraya umum.

"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem UMNO, pembiayaan hanya datang daripada presiden. Kami tidak pernah persoalkannya.

"Jentera dan semua orang dalam parti akan meminta wang daripada presiden, walau siapa pun presiden parti," tambah beliau.

Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihanraya.

Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu.

Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2,030 juta daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?

Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya tahun 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?

Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?

Cerita 2
Sekumpulan imam baru-baru ini dijemput menghadiri pertemuan dengan seorang menteri, yang antara lain intisarinya ialah memberi penjelasan berkaitan wang derma yang sama.

Dalam perjumpaan itu, menteri terbabit dikatakan mengesahkan wang yang diterima Najib itu memang datangnya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Kata menteri tersebut, wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.

Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, demikian kata salah seorang peserta yang hadir mengulangi maksud penjelasan menteri berkenaan dalam perjumpaan tersebut.

Sekali lagi, adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.

Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?

Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada? (SH 16/02/2016). - sumber

5 comments:

  1. Biar najib sediri jwb. Lain org mana tauu? Hanye najib tau. Tp malu nk royat. Ke takut? Kahkah

    ReplyDelete
  2. Mcmni bodoh punya pemimpin pun ade jugak yg lagi bodoh...pengundi...masih mengundi bn jugak....hakikatnya dah macam itu...kalau dah macai tu.nak ckp ape lg...eloklah mat sabu tu campak mic kt pengundi najib tu...tentu arah...

    ReplyDelete
  3. Tengoklah ke dalam, sebelum.bicara. singkirkan debu yang masih melekat... antara Lirik lagu Ebiet g ade

    ReplyDelete
  4. Tan sri annuar kata rm2.6b tak cukop utk belanja pilihanraya. Jika tk cukop kenapa pulangkan rm2.03b kpd sheikh arab saudi. Lagi pun jika derma maka tak perlu dipulangkan walaupun tk habis belanja. Simpan aje as fix deposit, laburkan atau jolikan dia. Adoi tak gheti aku. Pening bertambah pening. Wallahu aklam

    ReplyDelete
  5. Najib takut nak mengaku mungkin ada atas dua alasan satu dia telah kehabisan tempat untuk menyapu dana dari keewangan negara, seperti KWSP,TH,KWPdan banyak lagi agensi keewangan yang telah hampir muflis dikerjakan oleh pentadbiran najib yang kedua dia berasa malu untuk mengaku disebabkan keborosan perbelanjaan bini dia sendiri yang mengakibatkan keewangan dirinya berkurangan jadi secara kebetulan tok arab yang hendak berbudi telah terpikat dengan cara luahan kekekurangan keewangan itu tapi najib telah gunakan negara sebagai alasan,tok arab yang tidak begitu perasan dengan kelicikan najib dan bini dia terus saja masukkan jumlah wang sebegitu banyak kedalam akaun persendirian najib, itulah sebab pelbagai persepsi cerita yang keluar dari para pegampu dan para pembodek yang telah najib pilih untuk memberikan jawapan yang rakyat hendakkan tapi mereka-mereka semua telah lupa yang Allah itu Maha Mengerahui apa yang tersembunyi disebalik semua kenyataan mereka itu,kita tunggulah insya Allah cerita sebenar akan terbongkar pada waktu yang dijanjikan oleh Allah.Ameeeeen.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa