Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 17, 2016

Gabenor Bank Negara baharu bebas agenda politik?

Gabenor Bank Negara baharu bebas agenda politik, kata Zeti
TMI - Published: 17 February 2016 1:14 PM
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, pemilihan gabenor Bank Negara yang sesuai penting bagi membantu Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi masa kini yang lembap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2016. 

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan penggantinya, mengatakan Bank Negara melaksanakan proses ketat untuk memilih calon paling layak.

Gabenor Bank Negara itu berkata, pengganti sesuai penting ketika Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang lembap pada hari ini.

"Kita melaksanakan proses dan memastikan gabenor baharu mempunyai latar belakang dan kemampuan relevan terutamanya dalam keadaan seperti hari ini supaya peralihan dapat diuruskan dengan baik.

"Dan saya percaya bank pusat sudah menjadi organisasi kukuh dengan kekuatan institusi dan patuh kepada undang-undang ... yang memberikan kita kuasa luas dan kebebasan.

"Dan dengan itu, terdapat akauntabiliti," kata Zeti di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun tidak mendedahkan siapa penggantinya, Zeti berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.

"Saya menikmati kebebasan walaupun sebelum (enakmen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013).

"Semasa saya menjadi gabenor, kita (Bank Negara) sudah berkhidmat dengan 5 menteri kewangan dan 3 perdana menteri – dan bank pusat sentiasa dilayan dengan baik. Dan saya harap ini akan berterusan," katanya.

Zeti bakal bersara pada April dan spekulasi mengatakan calon penggantinya akan dipilih dari dalam Bank Negara.

Selain timbalan kepada Zeti, antara yang disebut bakal menggantikannya termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin. – 17 Februari, 2016.

6 comments:

  1. Coba lantik din ayam..
    Dia kan bijak pasal kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Paling sesuai aku rasa nik abduk atau tontowi. Hadi tak boleh sebab dah jadi penasihat pm. Haruuun din dah sapu ketua darjah agama jadi tak boleh la kot. Tapi kalau dia mau juga minta dgn tpm la.

      Delete
    2. Aku sokong Tantawi..buat kerja sampai guna siku n lutut.

      Delete
  2. Dia buat dan simpan buku kira kira cakar ayam boleh le

    ReplyDelete
  3. Awang Adik Hussin? MasyaAllah!

    ReplyDelete
  4. Beri pada Dr zuhdi dia kan bijak bab kewangan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa