Lagu ‘Kami Nak Najib Undur’ bergema lagi di Stadium Darul Aman
Meskipun penyokong Helang Merah diberikan 10,000 tiket percuma, peminat bola sepak negeri itu masih memprotes penyingkiran Mukhriz.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Perlawanan persaingan Liga Super antara Kedah menentang Terengganu di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi, digamatkan dengan nyanyian lagu `Kami Nak Najib Undur’ oleh penyokong Kedah.
Aksi mereka yang menyanyikan lagu itu dapat dilihat menerusi sebuah rakaman video yang menjadi viral di media sosial.
Visual itu turut dikongsi di laman Facebook chedet.cc dan ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat 1,500 perkongsian ketika artikel ini ditulis.
Pengendali laman sosial itu mendakwa, walaupun pada perlawanan itu penyokong Helang Merah diberikan sebanyak 10,000 tiket percuma oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, namun peminat bola sepak negeri itu masih lagi memprotes penyingkiran bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan iringan lagu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.
Sebuah laman portal melaporkan antara sebab lain yang menjadi punca lagu itu dinyanyikan ekoran terdapat gambar Ahmad Bashah pada tiket percuma yang diberi.
Bagaimanapun, tiket yang mempunyai imej Ahmad Bashah itu dikatakan palsu dan telah diubah suai.
Dalam perlawanan tersebut pasukan Helang Merah berjaya menewaskan Skuad Penyu itu dengan gol 1-0 hasil jaringan Carlos Kahe pada minit ke-41.
Najib ni kalau seluruh msia nyanyi lagu suruh dia undur pun,dia buat bodo je..janji masyukk
ReplyDeleteusaha dan sabar satu hari dia akan diundurkan jugak oleh Allah
ReplyDelete