Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 16, 2016

Bila 'hamba' dan 'khadam' sukarela menuduh orang lain pula 'hamba'

16 Feb 2016
Jawapan kepada Tuduhan AMANAH "Keldai DAP"

Masa berGEGAS di Sabak Bernam baru ni, ada sorang pakcik bgtau anak dia marah dia pergi dengar ceramah Amanah sebab Amanah ni kata anak dia "Kuda Tunggangan DAP".

Maka aku teringin nak coret sikit pasal isu ni.

1. Dulu tahun 2009, Umno kata PAS Kuda Tunggangan DAP. Hari ini PAS kata Amanah Kuda Tunggangan DAP. Tak kan otak orang PAS sama taraf je dengan UMNO ... jadilah cerdik sikit dari UMNO. Tuduhan tu ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri. Tuduhan kamu terhadap Amanah sekarang, hanya mengiyakan tuduhan UMNO terhadap kamu sebelum ini. Melainkan kamu sendiri memang mahu mengakui bahawa selama 6 tahun sebelum ini, kamu memang benar-benar Kuda Tunggangan DAP. Apa agaknya perasaan almarhum TGNA dengan tuduhan kamu ini? Apakah selama 6 tahun sebelum ini, TGNA adalah Kuda Tunggangan DAP?

2. Pakatan Harapan ada perjanjian yang ditandatangani bersama. Pernahkah ada perjanjian antara "Kuda" dan "Penungangnya". Apakah satu perjanjian yang bersifat "mutual interest" boleh dianalogikan sebagai kuda tunggangan? Ada akai ka?

3. Kamu kata DAP tolak Hudud maka tidak boleh lagi kerjasama dengan DAP. Cuba kamu beri nama satu parti yang kamu pernah bekerjasama sebelum ini dan sekarang ini yang menyokong perlaksanaan Hudud? Ada? Lalu tahaluf apa yang sebenarnya kamu adakan sebelum ini? Malah PKR sendiri menulis surat dalam bentuk dokumen rasmi membantah pembentangan enakmen hudud di Kelantan, tetapi kamu masih mahu bertahalluf dengan PKR. Kepura-puraan apakah ini? Kenapa ada double standard? Malah, satu-satunya parti yang pastinya menyokong dan tidak menentang perlaksanaan hudud ialah Parti Amanah yang kamu sangat musuhi sekarang. Padahal, cuma berbeza pendekatan dan fiqh awlawiyat sahaja. Maka, hentikanlah pembohongan ini. Bersikap benarlah!

4. Serangan kamu terhadap DAP tiada asas politik yang rasional. DAP adalah satu parti yang berjaya melumpuhkan sama sekali kekuatan MCA, Gerakan, dan MIC. Sekiranya kamu mencederakan DAP, yang untung hanyalah MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO. Apa untungnya pada Islam sekiranya MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO menjadi kuat semula seperti sebelum ini?

5. PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP di atas kelemahan sendiri?

Lu pikir lah sendiri...

2 comments:

  1. Fuyyo terbaik drp Green Boc. Minta olamak pas chai and wala unta jawab. Kehkeh

    ReplyDelete
  2. dalam pas ada orang memang otak omno
    jangan lupa itu
    berjihad dijalan Allah sekerat jalan
    berjihad dijalan dunia sepanjang jalan
    mampuih macam ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa