Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 17, 2016

Lagi soalan untuk TH jawab........

Apakah benar Tabung Haji bayar 70% bangunan yang siap 30%, soal Husam
16 Februari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH)  apakah mereka mengkhianati amanah penabung dalam badan ekonomi umat Islam itu apabila satu demi satu penyelewengan yang didedahkan.

Husam dalam satu kenyataan mempersoalkan beberapa perkara membabitkan pengurusan TH.

Antaranya,  Husam mempersoalkan, apakah benar kontraktor pertama Kompleks baru TH berhampiran KLIA telah mengundurkan diri bersama 70 peratus bayaran sekalipun menyiapkan hanya 30 peratus kerja?

Ini menyebabkan bangunan yang sepatutnya siap 2013 lalu bagi menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya  itu terbengkalai sehingga kini.

"Itu sudah berjumlah RM210juta dari RM303 juta jumlah asal harga projek yang dijadual siap tiga tahun lalu iaitu pada 2013.

"Bermakna TH sangat pemurah - tetapi boleh dikira mengkhianati amanah pencarum, iaitu rata-ratanya orang Melayu," ujarnya.

Husam yang juga Adun Salor  mempersoalkan benarkah TH membayar plot pertama tanah 1MDB di TREX dengan harga RM194juta padahal 1MDB membayar pada kerajaan dulunya hanya dengan hargaRM 4 juta?

"Jika begitu, TH telah membazirkan sebegitu banyak wang pencarum Melayu tulus ikhlas tadi.

"Plot kedua dikatakan dibayar dengan harga RM578 juta sekalipun harga asal hanyalah RM 8.9 juta. Jujur dan amanah kah itu?," soalnya.

Husam juga bertanyakan tugas sebenar ahli lembaga TH

"Menyelamatkan masalah orang lain dengan wang amanah pencarum atau memberikan pulangan dan perlindungan terbaik kepada pencarum?

"Janganlah sejarah nanti tertulis Melayu sendiri mengkhianati Melayu.

" Apa lagi termasuk Melayu miskin dengan jerit perih mengumpul wang kerana tuntutan 
melaksanakan kewajipan rukun Islam. Adakah TH tidak pedulikan itu semua?," ujarnya.

5 comments:

  1. jika ada kejujuran dan amanah, tidak akan terjadi begini teruk Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Bukankah pas dah berpuas hati dgn penjelasan tabung haji?
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Tunggulah bala dari Allah pada pesalah tadbir urus wang rakyat terinaya , ingat do'a dari orang yang dizalimi amat mujarab kekabulannya ,tunggulah wahai pentadbir yang suka memutarbelitkan fakta.

    ReplyDelete
  4. Tanya sama itu hud hud....yakin la yg pas dh berpuas hati dgn pengurusan TH. Yg kata tu seorang professional! Hehehe

    Mr presideng pun yaking jugok agoknya!

    ReplyDelete
  5. Mati allah x terima masuk kubur pd pembelot yg ada dlm tabung haji...amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa