Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Berkesankah perang saraf ini? Mereka semua bebas tidak diikat dengan bai'ah bagai!

Kalau aku, lebih baik masuk UMNO saja
Sama-sama 'mangkok' baik duduk dalam mangkuk yang mewah dari duduk dalam tempurung yang kering gersang!

Ada ahli Amanah mahu ‘patah balik’
ZAIMATULJUWITA
15 FEBRUARI 2016
BACHOK - Pas mengesahkan kenyataan dibuat Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa terdapat ahli Parti Amanah Negara (Amanah) mahu kembali kepada Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyambut baik perkembangan itu berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengumumkan secara rasmi mengenai bilangan individu terlibat.

Beliau bagaimanapun memberi bayangan, mereka yang bakal kembali menyertai Pas itu adalah daripada ahli Amanah Kelantan.

“Memang ada ahli Amanah yang datang balik kepada kita. Selama ini pun ada sebahagian kawan-kawan kita yang sertai Amanah kerana keliru dengan isu yang berlaku dan tidak dapat penjelasan yang patut.

“Bila dah tenang mereka mungkin dah dapat maklumat tepat dan lihat kebenarannya.

“Ini suatu perkembangan yang baik. Ia akan perkukuhkan kerajaan Kelantan dan parti sendiri," katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Kelantan 2016 di Bachok, semalam.

Mohd Amar berkata, gerak kerja sebagai pembangkang perlu bersatu walaupun secara tidak langsung dan tidak sepatutnya pembangkang menyerang antara satu sama lain.

Mengulas kontroversi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Pas kerana lantang mengkritik parti itu, Mohd Amar berkata, beliau enggan campur tangan dan menyerahkan isu itu kepada jawatankuasa disiplin.

“Berdasarkan kes itu, jawatankuasa disiplin akan buat keputusan sama ada akan dikenakan tindakan atau tidak. Ikut perlembagaan jawatankuasa disiplin ada hak untuk buat keputusan dan hukuman yang sesuai, kami tak akan campur,” katanya.

Husam yang sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Harian Pas dilihat agak kritikal kepada kepimpinan Pas sejak tidak dapat mengekalkan jawatan naib presiden.

Selain mengkritik Kerajaan Kelantan, Husam juga dilihat hadir dalam majlis anjuran Amanah.

Sementara itu, Husam dalam reaksi segeranya menyatakan kesediaan berhadapan dengan jawatankuasa tatatertib parti, namun mahu kertas pertuduhan sebenar bagi membolehkannya membuat pembelaan.

7 comments:

  1. Nik Dorameron ni sinonimnya Beruk Jantan yang sedang bertenggek di atas kepala tuannya (rakyat Kelantan). Binatang ini akan berak dan kencing setiap hari di atas kepala tuannya.

    ReplyDelete
  2. akan keluar la cerita.ahli pas yg keluar.masuk amanah..akan keluar untuk masuk pas semula sahingga ahli amanah hanya tinggal presidenya..mat sabu sorabg je..yg lain semua masuk pas..sebab keliru pejuangan amanah..
    yg senenarnya..ahli pas yg jeliru dengan pas..macamna tergamaknya presiden pas menjadi pernasihat buat umno..sedangkan dulu amanat hqji hadi tu lah pemisah antara pas dan umno..

    ReplyDelete
  3. Ya....ada yg berpatah balik . Itulah kalangan ternakan yg diumpan dedak. Kalau org seperti ambo (satu keluarga) yg tiada kpentingan apa2 sudah meluat dan benci dhn pascai

    ReplyDelete
  4. Bila sebut padal lompat2 parti ni aku rasa PAS akhir2 ni dah berbunyi mcm UMNOOO time ada pilihanraya tak kira lah PRU @ PRK. Mesti ada ahli parti lawan yg tiba2 dtg melompat siap dgn upacara serah borang bagai. Mungkin PAS nak ikut stail umnoo gak kut. Benda cam ni x pyh layan biaq pi lah. Negara ni demokrasi walaupun dah kelam kelibut. Semua bebas keluar lompat terjun ke mana sekalipun. Dah kalau nak bersama yg fasik pun x ada siapa boleh halang.

    ReplyDelete
  5. ya, mmg aku nak patah balik, patah balik sebab lupa nak ketuk kepala lebai2 bangang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk kirim boleh? Nak kirim terajang kat telo hadi yg dah kecut tu..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa