mk - Hari ini, 12:51 tengah hari
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berasa pelik apabila pegawai agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zin mendakwa dia belum mendapat maklumat mengenai program dialog di Shah Alam pada 17 Februari ini.
Menulis di Facebooknya Mufti Perlis itu berkata Zamihan bertemu dengan setiausaha sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas tarikh awal dialog antara kedua-dua mereka pada 10 Februari lalu gagal dijalankan.
Kata Mohd Asri, pada 10 Februari lalu Zamihan tidak dapat hadir atas alasan mempunyai program sendiri bertemu banduan di Machang Kelantan.
"Shahidan mencari tarikh lain sebagai satu lagi peluang berdiskusi. UZMZ (Ustaz Zamihan Mat Zain) sendiri datang berbincang (dengan) setiausaha sulit DSSK (Datuk Seri Shahidan Kassim).
"Beliau bersetuju dengan tarikh baru iaitu 17 Februari dan syarat-syarat yang ditetapkan. Malah difahamkan beliau menurunkan tandatangan persetujuan atas kertas perbincangan.
"Peliknya, pihak Zamihan (gambar) tiba-tiba menyatakan tidak mendapat jemputan. Lebih daripada itu, beliau menyatakan program hendaklah mendapat persetujuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri).
"Beberapa syarat baru timbul. Kelihatan seakan kemungkinan tidak hadir di pihak beliau itu jelas," tulis Mohd Asri.
Zamihan dilihat menjadi pengkritik lantang Mohd Asri dan dalam salah satu ceramahnya beliau menyatakan kesediaan berdebat dengan mufti berkenaan.
Buka, tutup tetap sedia
Dalam kemas kini status Zamihan di Facebook tengah hari ini Zamihan "menegas" dan "memaklumkan buat yang ke-1000 kalinya" beliau berbesar hati dan bersedia menyertai diskusi Ilmiah dianjurkan Shahidan kassim.
"Walaupun sehingga hari ini format detail diskusi ilmiah terus menjadi misteri, surat jemputan rasmi juga belum saya terima, saya tetap bersedia dan bersemangat utk diskusi ilmiah kerana tidak bimbang apabila kita di pihak yang benar.
"sama ada terbuka atau tertutup juga saya berikan penganjur buat keputusan. Masa dan tarikh serta tempat juga saya berikan penganjur buat keputusan kerana alhamdulillah biro penyelidikan Aswaja sudah menyediakan materi diskusi yg sangat solid dan mantap," katanya.
Pada 12 Februari lalu Zamihan juga mendakwa "berbesar hati" untuk menghadiri diskusi ilmiah di Shah Alam esok yang diadakan "sama ada terbuka atau tertutup".
"Untuk pengetahuan semua. Walaupun Datuk Seri Shahidan dah update status Facebook beliau berkenaan diskusi ilmiah ini, namun saya masih belum menerima apa-apa surat jemputan sehingga ke saat ini.
"Saya harap dapat buat surat jemputan siap format, tempat, masa dan moderator sekali. Mohon dihantar kepada boss saya Menteri Dalam Negeri merangkap YAB Tim Perdana Menteri.
"Sehingga ke hari...masih tidak jelas siapa moderator, format dan tempatnya. Seakan ada muslihat yang tersembunyi.
"Biarlah ada hitam putih. Supaya ia lebih telus dan profesional," katanya.
Sementara itu Mohd Asri berkata jika Zamihan berhalangan pada tarikh berkenaan beliau mempelawa Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) ke Masjid Alwi, Kangar untuk berdialog.
"Ini bersuaian dengan cabaran beliau (Zamihan) untuk datang berhujah di Perlis di mana sahaja, (sama ada di) masjid, universiti, istana ataupun rumah orang kaya," katanya merujuk kepada klip ceramah suatu ketika dulu
Abe...
ReplyDeleteZamihan??
Kih kih kih...
Bikin malu Ahli Sunnah Wal Jamaah jer.
Nak kenal seseorg tu penuh atau kosong dadanya tgok tang bunyinya.
Kalo jenis pong pang2 bising bigit tu tanda tong kosong laa..
Aku perati mamat bukti kelas A neh memang suka bising2...
APA nak hairan ustaz mcm zamihan ni banyak Kat Malaysia ni. Semua cari makan guna agama.
DeleteZamihan ni pandai sikit guna kdn. Kenapa pula nak kelulusan TPM nak debat. Siapa dia ni..sombong, tak sedar diri. Dia hanya pen.setiausaha shj. Sepatutnya bos dia yg luluskan bukan Menteri. Tak Ada lain agendanya hanya nak MEMBODEK!!
Patut diambil tindakan tatatertib sahaja kerana tidak ikut protokol..
bukan nak sokong sapa2.. cuma nampak zamihan ni mcm byk sgt alasan.. debat aje la.. biar org awam menilai..
ReplyDeleteZamihan dah kecut telor. ke langsung hilang teruih. itulah cakap degar-degar. ekor gelumang dgn taik. atau pun tin kosong. bunyi jer kuat pong pang. awat Dato shahidan tak layak ke handle benda ni? awat dok berkait dgn TPM Zahid Komedy? ini tanda2 org pengecut. surat rasmi ler. kebenaran TPM ler. banyaklah songeh kamu. inilah olamak jadian akhir zaman. Sabda nabi (saw) 3 perkara yang merosakkan agama. pemimpin zalim, mujtahidun jahil dan faqihun fajirun (olamak jahat). Wallahu aklam
ReplyDeletewahabi 1 aswja 0
ReplyDeleteTok peti maza... Seelok jgn dlayan mereka yg sakit... Dr video yg beredar nampak sgt yg simamat zamihan ini sakit... Sakit jiwa.. Penuh dgn paranoid... Seeloknya biar le... Sikit lagi dpt le rawatan dia tu... Tu le manusia yg kepalanya penuh dengki dan tidak dpt menereimaerbezaan dgn org lain,...
ReplyDeleteDr MAZA jemput dtg Perlis untuk program dailog
ReplyDeletekalau buat grand grand..nanti ramai yg tengok..saham populat akan naik..ada harapan cerah mada depan..di pilih jadi pegawai besaq.atau mungki jd calun prk ke.sape tau kan..
ReplyDeletekata nya tukar ke jakim..tpm pun dah kenal dia nya...memang cerah masa depan nya
kalau buat grand grand..nanti ramai yg tengok..saham populat akan naik..ada harapan cerah mada depan..di pilih jadi pegawai besaq.atau mungki jd calun prk ke.sape tau kan..
ReplyDeletekata nya tukar ke jakim..tpm pun dah kenal dia nya...memang cerah masa depan nya
Bahalol
ReplyDeleteInilah kalau hampa nak kenai ulamak dalam semak ckap macam tin kosong fakta tazkirah langsung tak dak tapi bila orang ramai atau ahli jemaah petikai depa dok kata jemaah jahil tapi yang sebenarnya ulama jenis nie la yang jahil murakab sebab tak bagi ahli jemaah bertanya soalan bira ada tazkiraoh.
ReplyDelete