Mariah Ahmad, Astro Awani | Februari 16, 2016 22:43 MYT
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terlibat dengan sebarang operasi ketenteraan menentang pemberontakan di Yemen, demikian menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Latihan Thunder of the North yang diadakan di utara Arab Saudi merupakan latihan ketenteraan yang disertai pelbagai negara, dan telah wujud lebih 15 tahun lalu.
Jelasnya, latihan ketenteraan tersebut telah diadakan sebelum operasi ketenteraan di Yemen dilaksanakan.
"Latihan ini diadakan pada 16 Februari sehingga 4 Mac, di kawasan latihan Hafar Al Batin, di wilayah Arab Saudi.
"Sementara Yemen terletak di bahagian selatan sempadan Arab Saudi. Justeru, jelas sekali latihan ini tidak ada kaitan langsung dengan kempen ketenteraan terhadap Yemen ketika ini.
"Saya konsisten menyatakan bahawa Malaysia menyokong sebarang usaha banteras kegiatan militan, namun ATM tidak terlibat dengan sebarang operasi ketenteraan di dalam Yemen," tambah beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hishamuddin berkata ATM dijemput Arab Saudi untuk menyertai latihan tersebut dan menggunakan kesempatan berkenaan bagi menimba pengalaman operasi ketenteraan dalam suasana yang berlainan di Malaysia.
Beliau berkata latihan di kawasan teluk tersebut adalah yang pertama kali disertai ATM, namun Hishammuddin yakin ia mampu memberi manfaat dan pengalaman yang amat berguna kepada ATM pada masa akan datang.
"Latihan ini juga memberi peluang kepada ATM untuk lebih memahami prosedur-prosedur berkaitan bantuan kemanusian dan (HADR) yang mungkin dilaksanakan kelak, khususnya dalam operasi menyelamat dan membawa keluar warga Malaysia sekiranya berlaku konflik di rantau tersebut," katanya.
Beliau berkata Latihan Thunder of the North yang diadakan di utara Arab Saudi merupakan latihan ketenteraan yang disertai pelbagai negara, dan telah wujud lebih 15 tahun lalu.
Jelasnya, latihan ketenteraan tersebut telah diadakan sebelum operasi ketenteraan di Yemen dilaksanakan.
"Latihan ini diadakan pada 16 Februari sehingga 4 Mac, di kawasan latihan Hafar Al Batin, di wilayah Arab Saudi.
"Sementara Yemen terletak di bahagian selatan sempadan Arab Saudi. Justeru, jelas sekali latihan ini tidak ada kaitan langsung dengan kempen ketenteraan terhadap Yemen ketika ini.
"Saya konsisten menyatakan bahawa Malaysia menyokong sebarang usaha banteras kegiatan militan, namun ATM tidak terlibat dengan sebarang operasi ketenteraan di dalam Yemen," tambah beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hishamuddin berkata ATM dijemput Arab Saudi untuk menyertai latihan tersebut dan menggunakan kesempatan berkenaan bagi menimba pengalaman operasi ketenteraan dalam suasana yang berlainan di Malaysia.
Beliau berkata latihan di kawasan teluk tersebut adalah yang pertama kali disertai ATM, namun Hishammuddin yakin ia mampu memberi manfaat dan pengalaman yang amat berguna kepada ATM pada masa akan datang.
Elok ATM pi berlatih di laut china selatan..
ReplyDeleteSembang pompang2,askar china duk bermaharajalela..
Memang tak terlibat tapi bagi orang pekak dan buta boleh hendak dikelentongkan tapi bagi pegawai dan anggota yang sudah dan telah pergi dan kembali semula kenegara ini tahu apa sebenar dan sebabnya mereka dihantar kenegara yang berhampiran negara yang bergolak itu hanya tidak lain tidak bukan untuk mengambil alih keselamatan negara yang pegawai dan anggota tentera mereka telah dihantar kemedan bergolak sebagai penganti tentera malaysia dijadikan mangsa atas alasan latihan atau berkursus,tapi jika ditanya pada pegawai dan anggota tentera yang terlibat tobat lahum mereka akan dedah sebab atas keselamatan diri seperti yang pernah berlaku keatas bekas mejar zaidi tempoh ahri,marilah fikir bersama atas kenyataan menteri yang sedang megampu ini.
ReplyDelete