Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 15, 2016

Pencerobohan Kapal-Kapal Perang Cina: Apa kata Mejar Zaidi

AKHIRNYA KERAJAAN UMNO/BN AKUI GAGAL HALAU KAPAL-KAPAL PERANG CHINA YANG SUDAH 2 TAHUN LEBIH MENGUASAI PERAIRAN SEKITAR BETING PATINGGI ALI (LUCONIA SHOALS) 80 KM DILUAR PANTAI MIRI, SARAWAK; APAKAH PEMIMPIN UMNO BN SUDAH KENA "BELI" DENGAN KERAJAAN CHINA?

1. Semalam 13 Feb 2016 Menteri Pertahanan DS Hishamudin Tun Hussin dalam sidang media yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3 mengakui bahwa kapal-kapal perang China sudah 2 tahun lebih menguasai perairan sekitar Beting Patinggi Ali (BPA- juga dikenali sebagai LUCINA SHOALS) yang terletak hanya sekitar 80 km dari pantai Miri, Sarawak. Kapal-kapal perang China itu bukan sahaja berada disitu tetapi mereka telah menghalang nelayan2 tempatan dari menangkap ikan disitu. Ini secara tak langsung adalah satu pengisytiharan bahwa sebahagian perairan negara iaitu di Laut China Selatan (LCS) telahpun dikuasai atau ditawan oleh tentera negara China tanpa sebarang tentangan dari pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Isu tuntutan negara China terhadap hampir keseluruhan LCS yang merangkumi perairan pantai barat Sabah, Brunei dan Sarawak bukanlah isu yg terpencil di peringkat dunia walaupun ianya cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat Malaysia oleh pemimpin Umno/BN. Segala tindakan China di LCS terutama dalam mengisytiharkan peta baru negara China yg merangkumi hampir keseluruhan LCS dan menjadikan BPA sebagai wilayah paling selatan negara China langsung tidak dibantah oleh Malaysia. Apabila media antarabangsa dan juga Armada Laut China sendiri melaporkan yang mereka telah mengadakan upacara menanda batu sempadan di perairan Beting Patinggi Ali (BPA) beberapa tahun lalu, kerajaan Malaysia melalui Panglima Tentera Laut yg lepas hanya pandai menafikan perkara tersebut dengan berkata bahwa Armada China sebenarnya berada 2000 km ke utara BPA. Mana beliau tahu? Alat atau satelit mana beliau pakai? Dengan pengumuman menteri pertahanan semalam maka terdedah bahwa Armada China bukan saja datang ke BPA untuk apa jua acara tetapi mereka juga sudah 2 tahun lebih berkampung disitu dan yang paling tidak boleh diterima ialah tindakan mereka menghalang nelayan tempatan dari menangkap ikan disitu. Tindakan ini jelas menunjukkan kehadiran mereka adalah sebagai PENJAJAH didalam wilayah Malaysia yang berdaulat.

3. 2 tahun bukan masa yang singkat. Sepatutnya kerajaan Malaysia telah menggunakan pelbagai cara samada diplomatik atau ketenteraan dalam menghalau sebarang anasir yang menceroboh kedaulatan wilayah negara. Kebiasaannya cara diplomatik adalah diutamakan berbanding ketenteraan. Cara diplomatik termasuk mengenakan tekanan hatta sampai ke peringkat menggantung hubungan diplomatik sewajarnya diambil bagi memastikan China mengundurkan Armadanya dari perairan negara. Penggunaan kuasa tentera adalah pilihan terakhir namun tidak seharusnya dipinggirkan terus walau berhadapan dengan negara China yang bergelar kuasa besar dunia kedua terkuat berbanding Amerika Syarikat di rantau ini. Kejayaan Tentera Filipina dalam menghalang cubaan China dari merampas Scarborough Shoal sepatutnya menjadi contoh kepada Malaysia bahwa Armada China tidaklah sehebat mana terutama apabila berhadapan dengan tentera yang sanggup mati dalam mempertahankan kedaulatan tanahair sendiri.  Soalnya kenapa kerajaan Malaysia tidak berani mengarahkan ATM membina penempatan tentera diatas BPA? Adakah mereka takut atau tunduk kepada tuntutan pihak China?

4. Sikap pemimpin Umno/BN terhadap kerajaan China yang telah 2 tahun lebih menjajah perairan negara di BPA amat2lah tidak masuk akal malah menggambarkan seolah2 mereka telah "dibeli" oleh negara China. Apa tidaknya, dalam keadaan BPA dijajah oleh Armada China, kerajaan Malaysia telah bersetuju pada tahun lepas untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama antara Armada China dan  Tentera Laut Malaysia. Tidak pernah dalam dunia sebuah negara mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara "musuh" yang sedang menjajah wilayahnya, tapi itulah cara pemimpin Umno/ BN mentadbir negara ini. Pucuk dicita ulam mendatang, melalui latihan bersama dengan Malaysia maka sudah tentu pihak China akan berupaya menilai kemampuan aset Malaysia dari berbagai aspek seperti kemampuan radar dan juga kuasa tembakan kapal-kapal Malaysia.

5. Dari segi hubungan diplomatik sepatutnya tekanan dikenakan keatas negara China supaya mengundurkan armadanya dari wilayah negara. Antara tekanan yang boleh dan biasanya digunakan ialah menghadkan pengimpotan barangan dan kunjungan rakyat China dan juga meletakkan mereka di pilihan terakhir dalam memberi projek2 ekonomi, namun ini tidak dilakukan sebaliknya pemimpin Umno/ BN telah memberikan layanan kelas pertama kepada negara China dalam prpjek2 yang sudah tidak asing lagi seperti projek panda yang menelan berjuta2 ringgit duit rakyat dimana wang itu sepatutnya digunakan untuk mempertingkatkan kemampuan pertahanan negara dari segi aset dan persenjataan bagi memastikan tiada siapa berani mencabar kedaulatan wilayah negara. Terbaru ialah penganugerahan projek janakuasa 1MDB dan juga pegangan dalam projek mengambil alih kem lapangan terbang sungai besi juga diberi kepada syarikat dari China. Ini semua dalam keadaan armada China sudah 2 tahun menjajah perairan negara di BPA, lalu kita wajar bertanya "adakah pemimpin Umno/BN sudah "dibeli" oleh kerajaan China?

6. Kemorosotan keupayaan ATM dibawah pemerintahan Umno/ BN bukanlah suatu rahsia lagi bagi mereka2 yg peka terhadap isu2 ketenteraan. Kehilangan pesawat MH370 di ruang udara sendiri adalah sesuatu yang amat2 memalukan dan merugikan negara. Inilah natijah dari sikap pemimpin Umno/ BN yang melihat bidang pertahanan sebagai lubuk emas untuk mereka dan kroni membuat duit tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada keupayaan negara mempertahankan nyawa rakyat dan kedaulatan sempadan dari pencerobohan anasir luar. Insiden MH370 sepatutnya menyedarkan pemimpin Umno BN agar segera meningkatkan keupayaan ATM. Namun seolah "dah terhantuk belum mau tengadah" tidak ada satu pun langkah diambil olek kerajaan Umno BN dalam mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara. Dari segi kekuatan udara contohnya, pesawat radar amaran awal atau AEWACS yang sudah dimiliki Singapura sejak tahun 80an masih belum mampu dimiliki oleh negara, tapi dalam masa yg sama kerajaan boleh pula membeli pesawat tambahan untuk kegunaan VVIP terutama PM. Itu belum lagi cerita keperluan aset2 lain seperti peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat, sederhana dan jauh yang juga telah lama dimiliki oleh jiran2 kita. Dari segi keupayaan Tentera Laut Malaysia sudah lama ketinggalan di belakang Singapura apatah lagi China yang merupakan kuasa nuklear.

7. Kesimpulannya pendapat peribadi saya bidang pertahanan negara dibawah Umno BN semakin parah disebabkan dua sebab utama;

a. Sikap pemimpin Umno BN terhadap negara luar terutama China yang "lembut gigi dari lidah" akan memastikan yang bukan saja LCS dan Beting Patinggi Ali akan terus dijajah oleh China tetapi lebih banyak lagi wilayah negara mungkin jatuh ke tangan pihak asing. Jika benar Malaysia serius mempertahankan haknya ketas BPA kerana kerajaan tidak berani mengarahkan ATM menempatkan tenteranya di BPA seperti yang dilakukan tentera Filipina di Scarborough Shoal.

b. Sikap pemimpin Umno BN yang melihat bidang keselamatan sebagai "lubuk emas" akan menyebabkan ATM akan terus lemah berbandaing tentera negara2 serantau disebabkan pembelian aset yang tidak mencukupi atau dibeli dengan harga yang melebihi dari sepatutnya dan kehilangan peruntukan melalui projek2 gajah putih yang lebih mementingkan kroni dari keikhlasan untuk memaksimakan setiap ringgit bagi mendapatkan yang terbaik untuk negara.

8. Baru2 ini kita dikejutkan pula dengan isu kemasukan rm2.6 bilion ke akaun peribadi PM DS Najib. Bermula dengan penafian hingga katanya mau disaman akhbar luar yang menyiarkan cerita itu, juga pemecatan TPM, dan Dato Shafei Apdal hingga ke pemecatan penuh kontroversi peguam negara yg kononnya sakit tapi terbukti masih sihat walafiat dan pengakhiran sekali cerita yang dijaja kepada rakyat bahwa wang itu kononnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi. Paling mengejutkan dan mendukacitakan ialah cerita bahwa kononnya wang sebanyak rm2 bilion telah dipulangkan kembali kepada penderma. Bagi saya inilah tindakan PALING BODOH pernah dilakukan seorang manusia apatah lagi seorang PM. Bagi saya hanya ORANG GILA yang akan pulangkan duit yang didermakan kepada beliau walaupun beliau sudah kaya. Jika PM Najib sudah cukup kaya wang yg begitu banyak itu sepatutya didermakan balik ke kantung perbendaharaan negara untuk digunakan terutamanya bagi membantu fakir miskin atau digunakan untuk membeli aset2 perang yang canggih untuk mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh pihak asing. Saya dengan ini tanpa ragu menyatakan bahwa PM Najib adalah seorang manusia PALING BODOH dan mungkin juga GILA kerana telah memulangkan semula rm2 bilion kepada penderma. Sudah tentu orang yg PALING BODOH dan GILA tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi PM Malaysia.

9. Kesimpulannya bagi membetulkan keadaan iaitu mengambil kembali wilayah yang dirampas dan dijajah serta mengembalikan kegemilangan ATM sebagai satu pasukan yang digeruni ialah dengan menjatuhkan kerajaan Umno BN dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan terbukti berani bersuara dan bertindak untuk mempertahankan negara dan rakyat. Kepada seluruh rakyat Malaysia saya menyeru supaya bangkit dan sedarlah PRU akan datang bukan soal siapa nak menang dan nak jadi menteri dan seterusnya dapat projek sana sini. PRU akan datang adalah penentuan hidup mati negara, penentuan samada negara ini akan terus "dijual" oleh pemimpin2 yang hanya mementingkan kemewahan diri dan kroni terutama dalam mengumpul harta dan aset diluar negara supaya jika ada apa2 berlaku terhadap negara ini mereka dengan mudah boleh lari ke luar negara. Rakyat mesti bersatu untuk tolak Umno BN jika sayangkan negara ini dan ingin melihat anak cucu dan keturunan seterusnya terus kekal hidup dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Untuk melawan Umno BN dalam pru akan datang kita mesti bersatu, sepertimana kita telah bersatu dalam pru13 yang lalu. Sedikit saja lagi lonjakan diperlukan untuk kita menguasai negara. Namun menjelang pru14, Umno BN dengan penuh licik berjaya memecahbelahkan perpaduan sesama kita dengan berbagai umpanan dan propaganda. Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat supaya KITA JANGAN MUDAH TERTIPU dengan taktik licik umno BN yang akan cuba mengekalkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun. Apapun kita parti2 pembangkang mesti bersatu kembali kerana perpaduanlah yang akan memberikan kekuatan kepada kita untuk menumbangkan BN terutama dalam memastikan SATU LAWAN SATU yang paling ditakuti oleh BN dalam pru akan datang. Oleh itu saya menyeru terutama kepada parti lama saya iaitu PAS, marilah kita bersatu dalam PAKATAN HARAPAN bagi menyelamatkan negara ini dari terus musnah dibawah penguasaan Umno BN. Namun jika Pas masih enggan untuk bersama PH sebaliknya lebih senang untuk bekerjasama dengan Umno BN maka rakyat tiada pilihan lain selain menganggap Pas sebagai sebahagian dari BN. Firman Allah SWT di dalam Al Quran (yg bermaksud) "Dan jangan sekali-kali kamu cenderung hati terhadap orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka". Ayat ini seharusnya menjadi panduan kepada pemimpin2 Pas untuk menjauhkan diri dari Umno BN dan segera menggabungkan diri bersama PH. Jika kepimpinan Pas masih enggan maka bersedialah kamu untuk ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang ingin menyelamatkan negara ini. Sekian.

AYUH RAKYAT MALAYSIA BANGKIT DAN BERSATULAH
SELAMATKAN NEGARA DARI TERUS MUSNAH
TOLAK UMNO BN
TOLAK MEREKA2 YG BERSEKONGKOL DENGAN UMNO BN
UNDI PAKATAN HARAPAN

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM yang dipecat dan dinafikan wang ganjaran dan pencen walaupun selepas 26 tahun berkhidmat sebagai juruterbang jet pejuang TUDM hanya kerana membongkarkan penipuan Umno BN berhubung dakwat tidak kekal dalam PRU13 yang lalu)
Kepala Batas, P Pinang
5 Jamadilawal 1437
14 Februari 2016

#JOM PAKAT VIRALKAN DEMI NEGARA TERCINTA DAN DEMI MASA DEPAN KETURUNAN KITA YG TERSAYANG

8 comments:

  1. Ayat♡pemimpin bodoh dan gila tak layak jadi PM malaysia♤

    ReplyDelete
  2. So, apa yang kau cadangkan wahai Mejar Zaidi? Perang dengan China? Bodoh ke apa? Komplen jer tanpa bagi cadangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni x baca abis..ko yg bodo..dia ajak sume bersatu ganti umno..ko ganti umno baru la blh plan rancangan lain sengal..tu la..jd lg walaun..kn otak ko dh kejang..hahahha

      Delete
  3. Ya Allah selamatkan lah negara ku Malaysia. Berikan kemenangan kepada pemimpin pemimpin kami yg jujur dan ikhlas memimpin negara kearah kemajuan & kegemilangan. Singkirkanlah pemimpin pemimpin yg khianat kepada rakyat & negara.

    ReplyDelete
  4. Oit...!!! Anon1:00... Ko baca ke tak? Atas tu? Bnyk lg kaedah selain dr berperang yg dihuraikan kt ats tu...baca balik benggong..

    ReplyDelete
  5. Sebagai bekas pegawai bertauliah tentera, saya merasa malu kerana tentera asing telah berani menceroboh perairan negara kita selama 2 tahun dan negara kita gagal bertindak menghalau tentera asing itu keluar dari negara kita.

    Nampaknya kerajaan Vietnam dan tentera Vietnam sahaja yang berani mempertahankan negara mereka apabila tentera China menceroboh negara mereka. Contoh peperangan terbuka (Conventional Warfare) antara Vietnam dan China:

    (1) The Battle of the Paracel Islands in the Paracel Islands on January 19, 1974.

    (2) Sino-Vietnamese War February 17 – March 16, 1979

    (3) 1980: Shelling of Cao Bằng

    (4) The Johnson South Reef Skirmish of 1988 in the Spratly islands

    Dan sekarang tentera China telah membina pengkalan tentera China di Laut China selatan untuk memudahkan negara China dan tentera China mencerobohi perairan negara-negara asing di Asia Tenggara.

    Nampaknya kerajaan China sedang meniru rejim Nazi yang dipimpin Hitler untuk memperluaskan negara China sehingga ke perairan negara asing di Asia Tenggara. Ini bererti penyelesaian secara diplomasi tidak akan menghalang tentera China dari mencerobohi dan menduduki negara-negara asing di Asia Tenggara.

    Kita memerlukan pemimpin negara yang baru, tegas, berani dan bijaksana untuk memimpin, melindungi dan mempertahankan negara kita dari pencerobohan musuh !


    ReplyDelete
  6. Ada juga org bodoh spt anon diatas...mak bapak kau x mandi junub agaknya...mcm najib bin razak...bodoh sampai mati...

    ReplyDelete
  7. Kadang kadang tengok anggota ATM terutamanya tentera darat dah macam RELA, bodo jer rupa dia orang. Tak mcm askar dulu2 msa bapak aku dlm tentera.
    Lagi satu kemushkilan ialah ; apa pasal letak Hawk di Labuan??? Bukan ker Hawk bukan pesawat pejuang?? Mana MIG?? Betul ker MIG dah abis tempoh terbang?? Betul ker Sukhoi tak leh berlepas dlm hujan????
    Ada laporan2 sblum ni yang kata China hanya hantar kapal pengawal pantai dia jer ke perairan kita ???? Takkan lah kekuatan TLDM x dpt nak mengimbangi coast guard atau TLDM dah x der telor????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa