Mencari rasa bangga rakyat yang hilang
14 Februari 2016 | TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa ingin merasa bangga terhadap negara dan juga institusi-institusi berkuasa dan kewangan negara.
Mereka dahagakan pujian-pujian terhadap Malaysia. Mereka ingin dengan bangganya menyebut ‘Kita orang Malaysia’ tanpa orang lain mengungkit dan bertanya soalan-soalan mengenai skandal berskala antarabangsa yang memalukan.
Mereka juga ingin merasa bangga dan syukurnya Malaysia dipuji kerana negara ini ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, dilihat bersih, sanggup bertanggungjawab, sedia mengaku salah dan memberikan keyakinan kepada rakyatnya.
Begitu juga dengan sistem keadilan negara, mereka ingin merasa bangga apabila Malaysia dipuji kerana adanya seorang Peguam Negara yang boleh bertindak secara berdikari, adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat.
Namun, hari ini, majoriti rakyat Malaysia berasa malu dengan apa yang sedang melanda negara kita.
Sebabnya mudah, nama Malaysia kini terpalit dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang tidak dapat terpisah dengan skandal kewangan yang melanda 1MDB dan juga ‘cerita sebenar’ derma RM2.6 bilion yang muncul di dalam akaun peribadinya.
Lebih menyayat hati, kini nama Peguam Negara juga diheret bersama sejurus beliau mengumumkan tiada tindakan susulan terhadap PM selepas menerima laporan siasatan SPRM terhadap derma RM2.6 bilion dan SRC International.
Hari ini, nama Malaysia kini sering disebut bersama 1MDB dan RM2.6 bilion di mana-mana pelusuk dunia. Perkara ini memberatkan hati rakyat kerana ia telah menjejaskan nama baik negara sepenuhnya.
Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa memikulnya – dalam bentuk kejatuhan nilai Ringgit, laporan negatif media-media antarabangsa yang bertubi-tubi dan juga pandangan serong negara lain.
Meskipun begitu, rakyat Malaysia jangan berputus asa. Rakyat Malaysia perlu terus menjadi pendesak kepada kerajaan dan pembangkang, terutamanya para ahli politik negara untuk melakukan yang terbaik untuk negara.
Rakyat perlu berani menyatakan bantahan dan terus mendesak kepada salahguna kuasapenyelewengan dan penipuan kerajaan. Rakyat perlu bertegas dengan pembangkang pada perkara-perkara yang sama.
Rakyat perlu menghantar mesej bahawa para ahli politik perlu berusaha dan bekerja untuk mendapatkan undi mereka. Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak.
Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama.
Demi masa depan negara tercinta dan misi mencari kembali rasa bangga yang kehilangan, segalanya kini terletak di bahu rakyat - bos sebenar Malaysia tatkala kebanyakan para ahli politik negara terus bercakaran tanpa pertimbangan kesannya terhadap negara dan rakyat secara keseluruhannya.
TITM ni sewajarnya menurut T.P.P.A,(Tolak PAS, Pilih AMANAH).
ReplyDeleteKebanyakan pendapatnye sering dipangkas oleh Presideng nye. Dia bagaikan berseorangan dari PAS menentang BN, kesian....
Molek benar Titm isi borang Amanah. Presideng hadi awe n geng pas chai ada kuasa veto. Kesian. Hadi penasihat umno. Haron ketua kelaster. Nasha Gmm. Suma gaji puluh ribuu maa. Depa tk biar pas jatuhkan umno. Umno jatuh pas ya. Hahaha
ReplyDeleteHanya retorik. Tidak ada makna. Cakap lain tindakan lain. Pad sudah undur ke belakang. Cakap-cakap pemimpin Pas tidak ada makna. Hanya untuk menarik undi sokongan konon melawan arus dasar parti. Tak ada maknanya. Itulah parti yang akan jadi sejarah.
ReplyDeletePas akan jadi PARTI AHLI SEJARAH (PAS). Kahkahkah. Bye bye
ReplyDeleteTak berapa molek titm join AMANAH sebab titm jenis walaun, pak angguk.. dah berapa kali u turn bila statement dia bercanggah dengan hadi awang.. pendirian tak berapa jelas, kalau nak jadi ahli biasa ok..
ReplyDeleteTITM xde godfather kot xmcm Nasa, Idris, Taki dll
ReplyDeletesbb ada mou(member org umno).
Memang benar kita sudah hilang integriti negara baru-baru ini telah ketanah suci bersama seorang dato yang popular lah di negara kita nie maka bertemulah kami dengan seorang tok arab yang popular lah juga disana soalan utama (dalam bahasa inggeris loghat arab dan kadang-kadang ada perkataan arab terjemahan) hampa tak berasa malu ke seluruh dunia dok pertikai kewibawaan pm hampa,kami terkejut dan tersentak lalu kami tanya dia balik dalam inggeris campur arab hang tau dari mana,jawab dia hampa tok sah dok sembunyilah menteri-menteri hampa sendiri dok buat cerita kat luar negara hampa,bila dia cakap macam tu kami terus tukar topik,yang kami mai di arab nie nak buat umrah bukan nak dengar cerita najib,itulah hakikat negara dan najib hari nie.
ReplyDelete