Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, September 7, 2016

Apa benda pulak mereka berdua ni?

"Saya masih bujang, tiada niat rahsia status daripada Farah Fauzana" - Hafiz
Abdul Hakim RahmanAstro Awani |  September 07, 2016 13:07 MYT


"Saya masih bujang, tiada niat rahsia status daripada Farah Fauzana" - Hafiz
Fara Fauzana sebelum ini memaklumkan telah membatalkan perancangan perkahwinan bersama seorang jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara Fara Fauzana disebabkan kerana dia berstatus 'suami orang'.

Ahli perniagaan berusia 30 tahun itu berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.

"Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia (Fara). Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam."

"Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara," katanya menerusi satu kenyataan yang dikirimkan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Hafiz berkata, penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.

Ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.

Hafiz turut bermohon supaya dirinya dan keluarga diberi ruang serta privasi kerana dia masih lagi cuba bertenang daripada pembatalan pernikahannya itu.

Farah Fauzana sebelum ini memaklumkan telah membatalkan perancangan perkahwinan bersama seorang jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.

Farah dalam satu kenyataan kepada pihak media berkata keputusan dibuat atas sebab-sebab peribadi.
Keputusan itu juga dibuat perbincangan bersama kedua-dua orang tuanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa