Johor hadapi gelombang perubahan besar
26 September 2016 | ABDUL SHUKUR HARUN
Setelah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun parti Amanah di Bakri, Muar, ramai yang menjangkakan suatu perubahan politik yang besar akan berlaku di negeri selatan semenanjung itu.
Walaupun ia dinggap kubu kuat Umno/BN selama puluhan tahun tetapi dengan perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan negeri itu bakal menyaksikan perubahan politik, terutama dalam pilihan raya umum yang akkan datang.
Parti Amanah Johor yang sedang berkembang pesat diberi peluang menjadi tuan rumah sambutan setahun parti itu yang lahir di Muar Johor.
Tahniah kepada Amanah Johor yang dipimpin oleh Aminul Huda Hasan serta para pendukung Amanah yang bertungkus lumus membuat persiapan sambutan tersebut yang penuh makna.
Momentum yang dilihat dalam majlis tersebut sangat memberansangkan, menghantar isyarat bahawa tembok kebal Umno/BN di Johor itu bakal runtuh, memandangkan sokongan kuat dari rakyat Johor Sendiri.
Salahudin berucap di depan Muhyidin yang memberi jaminan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.
Seperti kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub, Negeri Johor akan menjadi destinasi politik yang menarik untuk pakatan pembangkang menerajui negeri itu selepas Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Katanya, kecenderungan pakatan pembangkang untuk merampas negeri Johor itu disokong dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bermakna ada gandingan dari Amanah (Salahudin Ayub) dan Bersatu (Tan Sri Muhyidin Yasin).
Semua petanda ini adalah positif untuk membawa perubahan di negeri itu.
Memang senario politik di Johor sudah melalui beberapa proses krisis kepimpinan di kalangan pemimpin utama Umno negeri itu dan terkini, krisis bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pernah menjawat jawatan menteri besar Johor (1986-1995).
Kata Salahudin: "Di Johor ada satu perkara yang kita boleh 'ride on' kalau kita mengkaji sejarah bangsa Johor. Ia bukan sifat kenegerian yang akan memisahkan Johor dan Persekutuan tetapi kemunculan bangsa Johor itu dalam konteks berdepan dengan isu semasa seperti 1MDB dan kemungkaran politik perdana menteri."
Memang Negeri Johor bakal jadi destinasi politik yang menarik kerana apa yang berlaku di Johor menuntut kita melalui proses kematangan dan kebijaksanaan untuk Pakatan Harapan dan Bersatu merampas negeri itu.
Masyarakat Melayu di negeri itu selama ini memang sangat rapat dengan Umno. Dari segi sejarah penubuhan Umno itu yang bermula di Johor dan krisis politik yang berterusan hingga kini.
Salahudin melihat, antara Parti Bersatu dan Pakatan Harapan boleh bekerjasama lengkap melengkapi untuk cetuskan gelombang politik baharu di Johor. Ini, katanya, Johor satu destinasi politik yang dinamik.
Seperti saya juga, Salahuddin adalah anak kelahiran Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor – satu kawasan paling hujung bumi Asia.
Beliau datang dari keluarga terpandang di tempat kami. Ayahnya adalah guru dan datuknya, guru besar Sekolah Kebangsaan Serkat, Cikgu Haji Awang Abd Hamid.
Salahudin pernah bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 atas tiket Pas.
Dalam PRU 13 (2013) beliau membuat keputusan untuk kembali ke Johor dan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya namun beliau kalah di kedua kerusi tersebut. Salahuddin mengulangi hasratnya untuk bertanding di negeri Johor.
Menurut keputusan PRU ke-13 yang lalu, di negeri Johor daripada 26 kerusi Parlimen BN menang 21 kerusi, DAP (4), PKR (1) dan Pas tiada kerusi, manakala 67 kerusi Dun yang dipertandingkan BN menang 38 kerusi, DAP (13), PKR (12) dan Pas (4).
Itulah harapan kepada Amanah untuk membawa perubahan di Johor, sebuah negeri yang unik bukan saaja sserahnya, wataknya, tetapi kedudukannya yang amat strategik – di kiri kanannya, jiran terdekat – Singapura dan Indonesia.
Jika anda makan di restoran Tanjung Piai, anda akan melihat Singapura dan Pulau Karimon, Indonesia yang paling dekat sekali.
Negeri selatan tanah air itu begitu banyak sekali lagenda – Meminang Puteri Gunung Ledang, Sibongkok Tanjung Puteri, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan lain-lain.
Selain dari kalangan bukan Melayu, penduduk Johor terdiri dari pelbagai ethnic – Jawa, Bugis, Banjar, Buton dan lain-lain. Sebuah Muzium Bugis wujud di Pontian Johor yang dirasmikan oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kala – berasal dari tanah Bugis, Sulawesi - beberapa tahun lalu.
Semua keunikan yang ada di negeri Johor ini sama sekali tidak membuatkan Bangsa Johor angkuh dan merasa sangat istimewa. Bahkan warga Johor ini sangat ramah dan berbudi bahasa, menolong orang, hidup damai sebagai sebuah masyarakart berbilang bangsa dan agama.
Di sinilah Amanah menyerlahkan kehadirannya untuk membawa perubahan dalam membina masa depan yang lebih baik
26 September 2016 | ABDUL SHUKUR HARUN
Salahudin dan Muhyidin kini menggugat Johor.

Antara penyokong Amanah yang memenuhi dewan perhimpunan mereka di Muar.
Itulah harapan kepada Amanah untuk membawa perubahan di Johor, sebuah negeri yang unik bukan saaja sserahnya, wataknya, tetapi kedudukannya yang amat strategik – di kiri kanannya, jiran terdekat – Singapura dan Indonesia.
Jika anda makan di restoran Tanjung Piai, anda akan melihat Singapura dan Pulau Karimon, Indonesia yang paling dekat sekali.
Negeri selatan tanah air itu begitu banyak sekali lagenda – Meminang Puteri Gunung Ledang, Sibongkok Tanjung Puteri, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan lain-lain.
Selain dari kalangan bukan Melayu, penduduk Johor terdiri dari pelbagai ethnic – Jawa, Bugis, Banjar, Buton dan lain-lain. Sebuah Muzium Bugis wujud di Pontian Johor yang dirasmikan oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kala – berasal dari tanah Bugis, Sulawesi - beberapa tahun lalu.
Semua keunikan yang ada di negeri Johor ini sama sekali tidak membuatkan Bangsa Johor angkuh dan merasa sangat istimewa. Bahkan warga Johor ini sangat ramah dan berbudi bahasa, menolong orang, hidup damai sebagai sebuah masyarakart berbilang bangsa dan agama.
Di sinilah Amanah menyerlahkan kehadirannya untuk membawa perubahan dalam membina masa depan yang lebih baik
Harapan rakyat umum mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan. Telus dan prihatin terhadap kesulitan yg dihadapi rakyat. Ekonomi negara mestilah dipulihkan. Kalau pembangkang dgn nama pakatan apa sekalipun berhasrat mengambilalih kerajaan merekalah mestilah memberi keyakinan kpd rakyat bahawa mereka berkebolehan dan bersungguh2 membela rakyat. Pertelingkahan sesama pembangkang akan memudarkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan pembangkang. Inilah suara hati rakyat; buat tinjauan kalau rasa pandangan ini salah. Semoga berjaya
ReplyDelete