Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 23, 2016

Seorang Shafie Apdal

SEORANG SHAFIE APDAL

Tiba2 saja di kiri kanan atas bawah depan belakang siap dengan pelbagai pertanyaan, apakah berita itu benar atau apa nama partinya dan apa sudah jadi yang namanya darel?

Handphone saya tidak henti2 berbunyi dan penuhnya inbox segala macam pertanyaan dan seperti biasa sesuatu yang belum pasti hanya yang mampu saya katakan yang saya memang kurang pasti meski hakikatnya tahu sedikit.

Begitulah

Dalam hati tiba2 saya bertanya kenapa begitu meloncat namanya seorang Shafie dan apa saja kelebihannya banding yang lain dan itu juga terus bermain dalam pemikiran saya dan saya usaha mencari jawaban.

Bermula di Semporna kala perhimpunan sekitar 6,000 orang hadir dan kemudian di Kota Belud sekitar 5,000 orang dan menggerunkan di Tenom sekitar 10,000 orang dan kemudian di Membakut kubu pemerintah sekitar 5,000 orang dan itu sesuatu yang diluar jangka.

Dalam waktu sama banyak sangat cawangan-cawangan bubar dan banyak sangat yang berjawatan tinggi dalam umno di sabah segera sama meninggalkan parti dan ini memang sesuatu yang diluar jangka.....Tsunami!

Siapa saja Shafie Apdal ini sebenarnya? Saya juga tidak dapat menyatakan tetapi susuk tubuhnya yang kecil dan kala bicara selalu saja lemah lembut dan itu yang yang jelas memikat hati ramai orang.

Kesan karisma yang ditunjukkannya, itulah menjadikan seorang Shafiie cukup dihormati dan cukup ditunggu untuk menyelamatkan Sabah dan ini semacam satu cahaya yang bakal hadir di sisi Rakyat Sabah nantinya.

Kenapa saja Rakyat Sabah kalangan kdm, bajau, suluk, bugis, brunei, bisaya, kokos, rungus, dusun, murut dan segala macam bangsa siap bakal mengakrapi seorang Shafie ini?

Shafie selama bertahun2 dalam umno seorang yang tidak cukup setia terhadap parti dan sepanjang ia mengakrapi dunia politik ia tidak memperlihatkan sesuatu yang buruk tingkah dan sikapnya yang sederhana itu menyebabkan pelbagai bangsa kala ketemunya seolah keluarga dan itulah yang menyebabkan Sabahan suka dan siap menantinya.

Memang kita ini sudah berhadapan dengan segala pemimpin di Sabah sejak dulu tetapi kita tidak melihat yang benar-benar serius dan benar-benar ikhlas untuk membawa sabah ke arah yang lebih maju dengan kepimpinan yang lebih telus dan tidak seperti yang lain menghimpun harta dan siap mengambil kesempatan untuk kayakan diri dan keluarga serta suku sakat terdekat.

Seorang Shafie adalah seorang yang sederhana sikapnya dan dialah satu-satunya yang berjaya menduduki kerusi no tiga dalam umno dan mungkin kerusi itu tidak akan dapat diduduki oleh yang lain. Kalau adapun entah bila kita tidak pasti.

Seorang Shafie adalah Ketua Pemuda umno yang pertama di Sabah ( Penaja dan yang sah ikut ROS beza) dan itu faktanya dan hakikat seorang Shafie jenis yang tidak mahu mencantas, maka ketika itu dia di bawah lindungan seorang Sakaran dan kerana itu dia agak lambat tetapi segala perancangan ketika Sakaran duduki kerusi Ketua Menteri dan Ketua Perhubungan umno di Sabah, maka Shafielah yang banyak melakukan dan merancang segala kegiatan di musim umno mula berkembang.

Memang kita tahu seorang Shafie hanya berkesempatan duduki kerusi menteri di peringkat persekutuan yang maksudnya kena menjaga seluruh negara dan bukan Sabah semata dan itu sesudah Sakaran meninggalkan dunia politik.

Meski demikian Sabah ini pula dikuasai oleh seorang Ketua Menteri bernama Musa Aman sedang seorang Shafie tidak punya kuasa selain hanya memberikan peruntukan dan bagaimana peruntukan itu dilaksanakan terserah kepimpinan negeri Sabah. nah menyalahkan seorang Shafie itu jelas tidak ngam dan jika Sabah gagal makna yang harus ditanya ialah kepimpinan Sabah sendiri.

begitulah

Pengalaman seorang Shafie di peringkat nasional jelas cukup berharga dan berdasarkan kepimpinan yang bersih dan baik diperlihatkan oleh seorang Shafie menyebabkan kehadiran Shafie amat jauh beda dengan individu lain yang duduki kerusi yang berhormat dan menteri di peringkat pusat dan negeri.

Kali ini sudah sampai waktunya dan semua orang tidak perlu ragu sebab kita lihat seorang Shafie meski punya kesempatan luas untuk merampok tetapi itu tidak pernah ia lakukan beda dengan yang lain dan melihat keadaannya ia hanya punya sebuah rumah dan kereta tidaklah tersusun di halaman rumah dan tidak ada juga keluarga, suku sakat yang menjadi jutawan seperti ketua2 menteri dan menteri2 lain.

Inilah masanya dan parti yang diperkatakan, kita tunggu saja pengumumannya dan ketemu di tawau tanggal 25hb september ini.

ISMAILY BUNGSU
pengarah komunikasi DSSA
22 september, 2016
6:21pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa