UMNO terbuka, sedia tentang parti baharu - Salleh Said
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | September 22, 2016 18:01 MYT

KUALA LUMPUR: UMNO mengalu-alukan kehadiran parti baharu untuk bersaing secara sihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata adalah juga menjadi hak bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan mahupun menjenamakan semula mana-mana parti bagi bersaing dengan UMNO.
"Itu hak Datuk Seri Shafie untuk menubuhkan atau melakukan perubahan parti politik dengan jenama baru. Akhirnya rakyat yang akan buat keputusan.
"Kita (UMNO) alu-alukan parti baru tersebut untuk bersaing dengan kita di Sabah. Kita yakin sungguh rakyat akan sentiasa bersama kita," katanya kepada media selepas melancarkan KL Coverage! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Katanya, matlamat UMNO Sabah adalah mengekalkan kestabilan serta terus berusaha membangunkan rakyatnya.
Shafie hari ini mengesahkan akan meneruskan perjuangan politiknya menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah tidak lama lagi.
Beliau hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya dan katanya, pengumuman mengenai parti itu akan dibuat selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima.
Enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti itu Shafie berkata ia sudah diambil alih baru-baru ini dan kini dalam proses mendapat kelulusan pihak yang berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa