Hoi, orang Melayu! Kenapa kamu ramai tak tahu maklumat?
Posted by paktam
Oleh Arif Atan
Di stesen LRT KLCC sambil beratur selepas menonton 'Pekak' tadi, saya perhatikan yang sibuk ke mesin nak bayar tambang tergopoh gapah bukak beg cari duit 90 peratusnya adalah orang Melayu! Serius: Orang Melayu kita di KL ni dah pekak ke?! Info tak tahu.
Baik remaja berkumpulan berpakaian trend terkini sampai kepada keluarga muda yang lakinya bergaya berspek hitam dengan bini bertudung ala Neelofa. Mereka tak rasa teruja pun nak ambil tahu kenapa ramai orang lain majoriti Cina bahkan pelancong kulit putih beratur ambil token.
Padahal, orang Cina sampai yang apek, ah so tu semua 'steady' je ke kaunter ambil token percuma sambil ucap terima kasih pada orang yang menjaga kaunter. Ada antaranya kepit akhbar bahasa mereka. Orang Melayu yang ke mesin bayar token tu siap kerut-kerut dahi, ada yang marah-marah.
Apa masalah Melayu? Kalau 'paper' tu konon cakap, "aku dah lama tak baca paper ni. Takde apa. Sekarang zaman pakai hp lah"! Tapi MAKLUMAT tak tahu! Mana smartphone kau?
Orang Melayu yang bukannya duduk di nun kampung di hulu tak tahu bahawa tambang LRT percuma untuk 3 hari sampai esok? Nak kata jenis layan Buletin TV3 saja, sah-sah saya sendiri dengar memang perkhidmatan LRT percuma!
Melayu layan berpuluh kumpulan WhatsApp tapi kerjanya tahu copy paste tazkirah nasihat syurga neraka ala ostad, ustazah segera; layan FB di smartphone letak gambar makan apa, gambar jalan-jalan sampailah anak kecik tak tahu apa dipakaikan tudung saiz XL! Info LRT free pun tak tahu?!
Patutlah kalau masuk isu serius - krik krik di Whatsapp, kalau respond pun emosional; masuk bab politik - ayat kitar semula Umno tu jahat2 pun Melayu, pembangkang ni belakangnya Cina DAP nak kuasa tak pun "dunia hanya sementara" bla bla bla! Walhal, hidup sokong penindasan yang dibuat oleh kuasawan dan niagawan Melayu.
Contoh paling mudah, kalau menilai pembangunan tu ramai Melayu anggap indikatornya banyak mall, kondominium, trafik sesak padahal kampung tergadai, datang KLCC pun tengok wayang, tu pun tunggu hari Rabu!

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa