'Sentuhan maut Mahathir', pamer tindakan terdesak - Salleh
Astro Awani | September 05, 2016 21:03 MYT

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini yang dilihat sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan suatu yang mengejutkan, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menteri Multimedia dan Komunikasi itu berkata, mantan Perdana Menteri itu cuba untuk membina ‘jambatan’ hubungan dengan Anwar yang sebelum ini pernah menjadi timbalannya sebelum bertukar sebagai ‘musuh’ politik.
“Mahathir sedar bahawa parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tidak dapat pergi jauh dengan sendirinya.
"Maka, beliau terpaksa bergantung pada Pakatan Harapan, sama seperti pesawat angkasa lepas memerlukan roket pelancar,” kata Salleh kepada Astro AWANI melalui aplikasi Whatsapp.
BACA: Selepas 18 tahun, Mahathir-Anwar bersalaman
VIDEO: Pertemuan Mahathir-Anwar selepas 18 tahun
Tambah Salleh, Dr Mahathir yang dilihat bersalaman dengan Anwar hanyalah suatu tanda keterdesakan selepas mengetuai usaha untuk membentuk sebuah parti politik baharu.
"Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini sama seperti yang berlaku pada tahun 1998, sehari sebelum Mahathir menamatkan kerjaya politik Anwar,” ujar beliau.
Salleh juga menyamakan tindakan itu sebagai: “Mahathir's kiss is a kiss of death" , yang merujuk kepada 'sentuhan maut Mahathir'.
Dr Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri pendengaran kes permohonan yang difailkan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKn) 2016.
Pertemuan antara dua tokoh politik itu adalah yang pertama sejak 18 tahun.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa