Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 4, 2016

Bodoh Nik Bedoh dan Husam yang melalut!

'Tok Guru akan hanyutkan AMANAH dari Salor'
 mk -  Hari ini, 2:36 tengahari
Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan.
Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.

Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."

Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.
"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.

Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.

Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baru parti itu di Kelantan.

Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.

"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat bukan Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.

"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.

"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong parti lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.

# Sedarkah Nik Abduh sekiranya Almarhum TGNA masih ada perkarang bodoh dan bangang yang mengikibatkan PAS berpecah tidak berlaku tapi apakan daya itu perancangan Allah, TGNA di ambilnya dan inilah taqdir PAS kini.

Husam melalut, sekiranya TGNA ada PAS akan tetap utuh dan tidak akan berpecah seperti ulasan cenangau. Jadi perkiraan Husam tetap salah. Sekiranya TGNA masih ada angan-angan UMNO untuk kencing PAS akan tertutup dan perpecahan PR tidak akan terjadi!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa