Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, September 3, 2016

Halau Ahli pulak daah........pastu label segala label menghina!

Siapa ada masalah dengan Pas sila keluar, kata Abdul Hadi
02 September 2016 | MALAYSIA DATELINE
Berita Abdul Hadi yang dilaporkan Ismaweb.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.

"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb.

Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.

Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah.

"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)," katanya.

Bagi Hadi, Pas langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam Musa ke dalam Amanah.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

“(PAS Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

Saya lebih rapat dengan Nik Aziz

Bagaimanapun, lapor laman web milik Ikatan Siswazah Malaysia (Isma) itu,  Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyelar tindakan Husam yang menggunakan nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menganggap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

“Saya lebih rapat dengan Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

# Kih...kih......halau ahli pulak daah!
Husam tu lari atau dibuang?

Ayat 'saya lebih rapat dengan Tok Guru' ni macam ayat aku bergaduh dengan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu jer, kononnya berebut somebody yang dijadikan idolalah kononnya!

Yang dia kata tadak masalah tu.......aku teringat yang Arwah TGNA minta PAS buat Muktamar Khas (tergempar) dulu sebab apa?
Kalau tadak masalah takkan TGNA minta langsungkan Muktamar? Bukan sebab isu UG yang dikepalai siapa ek?

4 comments:

  1. TG Nik Aziz dah meninggalpun Ustaz Hadi tetap tak boleh kalahkan pengaruhnya... ha ha... koman spanar punya ustaz... skru longgar.

    ReplyDelete
  2. Itu yg bagusnya PAS ni bila pemimpin tertinggi suruh buat sesuatu mereka akan patuh termasuk jika terpaksa buat muktamar khas. Tapi bagi mereka yg rasa lebih hebat dari pemimpin sediada silakan bertanding.. Kalau menang alhamdulillah kalau kalah terima jelah kenyataan .. Kalau tak boleh terima kenyataan terpulanglah nak duduk lagi dalam parti atau nak cabut..

    ReplyDelete
  3. Tu yg terbaeknya PAS ni.. kalau ada arahan utk buat muktamar khas atas apa jua isu pastilah semua akur.. jika tidak akur eloklah perlahan2 mengundur diri.

    Befitu juga bila ada arahan utk tidak menghadiri acara yg dianjurkan parti musuh sepatutnyalah semua perlu akur.. jika tidak akur eloklah perlahan2 mengundur diri!

    ReplyDelete
  4. Fuhh.. Kami menurut perintah pak libai.. Keluar ramai2.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa