Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 2, 2016

Rupa UMNO dan seks tidak terpisah hingga kini!

Kem Najib hanya mampu jaja cerita seks, bidas Muhyiddin
mk  -   1 Sep 2016, 5:50 petang
Dakwaan mengenai “kecurangannya dengan isteri orang lain” membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada ‘cerita seks’ untuk mempertahankan perdana menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang berkata Muhyiddin tidak boleh dipercayai kerana curang terhadap isterinya.

Ini susulan Muhyiddin mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan kepadanya bahawa akaun bank Najib mempunyai RM1 bilion, walaupun sebelum "derma politik" RM2.6 bilion.

"(Tengku) Sarifuddin bankrap dengan idea dan ini jelas dapat dilihat dari dakwaan tak beradabnya ke atas saya, menimbulkan tidak lebih daripada cerita-cerita seks yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan.

"Begitulah rendah penyokong Najib sanggup lakukan. Cerita yang dipopularkan oleh blogger banduan kini menjadi modal utama digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk tulisan blogger Raja Petra Kamaruddin yang menerbitkan suatu akuan bersumpah berhubung dakwaan berkenaan.

Dalam SD itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin, mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin sejak beliau adalah menteri besar Johor.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengulangi bahawa dakwaan ‘tidak senonoh’ ke atasnya adalah adalah tidak benar dan kerajaan tidak sepatutnya menjejaskan perhatian rakyat terhadap skandal Najib

Kaitan: Pegawai PM: Muhyiddin mahu alih cerita 'curang'

            Seks modal Umno jatuhkan Muhyiddin, kata Anina

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa