Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 3, 2016

Kelantan: Husam mula membuat kejutan, ada yang dah ketaq lutut!

Husam mula membuat kejutan di Kelantan, kata penganalisis
02 September 2016 | BORHAN AHMAD
Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Musa disifatkan sebagai sudah mula membuat kejutan di Kelantan selepas beliau menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lalu.

Bagi blogger dan penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar, Husam mula membuat kejutan sejak hari pertama beliau tiba di Kelantan lagi selepas menyertai parti berumur setahun itu.

Husam berdiam diri selama empat bulan selepas dipecat dari Pas April lalu. Beliau membuat permohonan agar pemecatan itu dikaji semula dengan menulis surat kepada presiden Pas namun tidak diendahkan.

"Kejutan Husam sudah bermula di Kelantan hari ini," tulis Sayuti, blogger yang pernah bermusuh dengan Husam dalam Facebooknya. Sayuti turun ke Kelantan bagi mengikuti sendiri apa sambutan yang diberikan kepada Husam selepas beliau menyertai parti baru, Amanah.

Katanya, kepulangan Husam Musa ke Kelantan selepas beliau mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) disambut oleh para penyokong dan pimpinan Amanah negeri Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Berbagai sepanduk menyatakan sokongan kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Pas dibawah pimpinan Nik Aziz itu dipamerkan sebagai tanda sokongan kepadanya.
Husam bercakap dalam program santai sambil minum kopi di Meranti Rantau Panjang, yang menyebabkan Adunnya tidak senang duduk.

Selepas mengadakan sidang akhbar, Husam diiringi dengan puluhan buah kenderaan yang dilengkapi bendera Amanah ke Pasir Puteh untuk menghadiri majlis penubuhan 16 cawangan Amanah dalam Dun Limbongan.

"Penubuhan 16 cawangan itu sebagai simbolik kepada penerimaaan rakyat Kelantan khasnya bekas ahli Pas kepada Husam dan juga parti Amanah," tulisnya.

"Tidak terfikir oleh saya, belum sampai 72 jam Husam menyertai Amanah sudah 17 cawangan ditubuhkan.

"Itu memberi pertanda yang baik Husam bakal memberi momentum baharu kepada politik di Kelantan," tulis Sayuti.

Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Limbongan itu, katanya, tersambung pula di Gebeng yang terletak di Dun Meranti.

Dun Meranti terkenal dengan kawasan menjadi kubu kuat parti agama. Adunnya adalah exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Katanya, pertemuan di sebuah kedai kopi di cabang Gebeng pagi tadi juga memberi petanda yang cukup mencemaskan wakil rakyat negeri itu.

"Sejak dari malam tadi ada usaha untuk menghalang majlis minum tea dan makan pagi bersama Husam itu agar tidak diadakan," tulis Sayuti.

Bagi Sayuti, ia pelik bunyinya.
Konvoi kereta pacuan empat roda yang mengiringi Husam dari Pengkalan Chepa ke Pasir Puteh sebaik sahaja beliau tiba di Kelantan selepas menyertai Amanah.

"Selama ini berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam. Kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi.

"Tetapi semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokongnya dan pimpinan Amanah dalam majlis pagi tadi memberasangkan," tulisnya.

Lebih bermakna lagi, tulisnya, apabila beberapa veteran Pas yang berjuang sejak tahun 1960 hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam.

Antara mereka ialah Aziz Haji Mahmood orang kuat Abdul Fatah Haron dan beliaulah juga menjadi mentor kepada wakil rakyat Meranti.

"Khabarnya wakil rakyat berkenaan round memerhati majlis itu dua tiga kali dengan menyamar menaiki kereta orang lain?" tulisnya.

Katanya, dengan mengambil kira dua majlis ulung kali dihadiri Husam sebagai ahli baharu Amanah itu menjelaskan, Amanah tidak parti gunda (asing) dan dagang lagi di Kelantan.

Bagi beliau, kesediaan Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah (pengerusi Amanah Kelantan) untuk berganding bahu dan mencurahkan pengalamannya bersama Husam bagi menggerakkan Amanah satu jaminan dan menandakan bahawa Amanah bakal menjadi wadah dan alternatif baharu kepada rakyat Kelantan.

"Sepatah kata Aziz Hj Mahmood kepada saya, 'ana sokong Husam bukan apa, melainkan kerana sayang kepada bakat, kebolehan dan ketokohan yang ada kepadanya. Husam pemimpin yang boleh diharap membela rakyat dan membangun negeri," tulis Sayuti.
Husam bergambar kenangan bersama aktivis Amanah di Banggol Setol Dun Meranti. Turut serta adalah ahli baru Amanah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa