Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 4, 2016

Ulasan: 'Bangang Husam' vs 'Bagang Hadi'

Ahad, September 04, 2016

Kalau Allahyarham TG Nik Aziz masih hidup: Antara BANGANG Hj Husam vs BANGANG Hj Hadi

Kalau tengok dari sudut lain kita mungkin boleh ambil faham yang Hj Hadi kata selama lebih 20 tahun bersama Husam, Tok Guru Nik Aziz telah gagal mendidik supaya Husam tidak jahil agama malah sanggup pula Tok Guru Nik Aziz terus kekalkan Husam yang jahil agama sebagai Exco Kanan.
Kredit imej: FMT
Utusan dalam berita bertajuk "Husam jahil agama – Abdul Hadi" melaporkan:
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyindir bekas Timbalan Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai jahil agama berikutan kelantangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu mengaitkan nama kepimpinan tertinggi parti yang sudah meninggal dunia, susulan penyertaannya dalam PAN.

Beliau berkata, hanya individu yang jahil agama yang sanggup bertindak demikian lebih-lebih lagi apabila pe­mimpin yang dikaitkan itu adalah seorang tokoh politik dan ulama berpengaruh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -Utusan.
Juga dilaporkan:
“(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya,” katanya. - Ibid.
Dalam posting aku sebelum ni yang bertajuk "PAS Kelantan tiba-tiba lunak tak berani label Hj Husam sebagai pengkhianat?" aku ada tulis:
Aku rasa PAS Kelantan takut serangan secara BANGANG dan 'gila babi' macam tu mungkin boleh mendatangkan rasa simpati kepada Hj Husam termasuk kepada ahli PAS terutama di peringkat akar umbi.

Kenyataan MB dan TMB Kelantan tu juga senada dengan kenyataan Hj Hadi Presiden PAS yang juga lunak, tiada lagi istilah-istilah setaraf broker, barua, anjing, babi dan sebagainya yang pernah keluar dari mulu dia sebelum ni. - Ibid.
Nampaknya aku dah tersilap andaian, aku ingatkan Hj Hadi dah kembali cerdik politik tapi nampaknya Hj Hadi tetap Haji Hadi, tetap gunakan strategi serangan cara BANGANG.

Pada aku istilah "jahil agama" lebih buruk dari istilah broker, barua, anjing, babi dan sebagainya yang pernah keluar dari mulu dia sebelum ni.

Kalau tengok dari sudut lain kita mungkin boleh ambil faham yang Hj Hadi kata selama lebih 20 tahun bersama Husam, Tok Guru Nik Aziz telah gagal mendidik supaya Husam tidak jahil agama malah sanggup pula Tok Guru Nik Aziz terus kekalkan Husam yang jahil agama sebagai Exco Kanan.

Malah lebih teruk dari itu, selama ini Hj Hadi tak kisah pun tentang 'kejahilan' Hj Husam ni walaupun begitu lama bersama dalam Jawatankuasas PAS Pusat malah Husam pernah pegang jawatan Naib Presiden PAS yang kanan, orang nombor 3 dalam kepimpinan AJK PAS Pusat.

Takkan selama tu Hj Hadi tak perasan yang Hj Husam tu 'jahil agama', atau mungkin lebih sesuai kalau aku kata Hj Hadi selama ini jahil dalam menilai individu pemimpin disekeliling dia.

Pun begitu, aku boleh bersetuju kalau Hj Hadi kata Hj Husam BANGANG, Pada aku hanya orang yang BANGANG saja yang sanggup mempergunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Tambah-tambah lagi bila dengan yakinnya Hj Husam kata kalau Tok Guru masih hidup dia akan bersama saya.

Sebelum ni viral satu video temuramah dengan Hj Husam macam yang aku kopipes kat bawah ni yang antara lain berkata:
"Kalau tok guru masih ada tok guru akan bersama saya.

Kerana apa yang dibawa oleh PAS sekarang lari daripada perjuangan TG Nik Aziz.

TG Nik Aziz membawa PAS berinteraksi dengan masyarakat bukan melayu. PAS Telah meninggalkan masyarakat bukan melayu atas alasan-alasan yang tidak valid.dan tidak kukuh."

Memang ada logiknya analogi Hj Husam tu dan memang pun semasa bersama dalam Kerajaan negeri, menang banyak kali Tok Guru mempertahankan tindakan dan keputusan Husam.

Tapi nak menyatakan dengan pasti yang TokGuru akan bersama dia tu yang bangangnya.

Pasainya aku yakin kalau allahyarham Tok Guru Nik Aziz masih hidup, krisis dalam PAS takkan jadi seteruk ni.

Geng Ostad yang tak sedar diri takkan berani buat gerakan secara terang-terangan untuk menyingkirkan pemimpin PAS peringkat pusat yang depa gelar sebagai "jebon" dalam pemillihan parti.

Dan kalaupun keputusan pemilihan parti sama macam pemilihan dua tahun lepas aku yakin pemimpin yang kalah takkan tinggalkan PAS dan bersama dalam parti baru.

Apa pun, setakat yang aku nampak, dari kalangan pemimpin PAS yang bukan berlatarbelakang aliran agama, Hj Husam adalah yang paling alim. Ucapan dan ceramah dia mesti diselit dengan petikan ayat Al-Quran dan Hadith nabi dengan huraian yang cukup tepat dengan konteks yang nak dia sampaikan.

Paling kurang pun, pada aku sangat tidak sesuai dengan hanya satu 'kekhilafan' Hj Husam ni sanggup Hj Hadi, Presiden Parti Islam Semalaysia merangkap Naib Presiden Ulama' Sedunia terus melabel Hj Husam sebagai seorang yang jahil agama.

Cenangau D'kari

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa